A(H1N1): Tiada sekatan terhadap jemaah haji tunai ibadah

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada sekatan terhadap mereka yang telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tiada sebarang arahan diterima daripada kerajaan Arab Saudi untuk menghalang jemaah haji yang berusia 65 tahun ke atas dan kanakkanak bawah 12 tahun untuk mengerjakan ibadah berkenaan.

"Status kekal, tidak akan ada dihalang (untuk menunaikan ibadah haji).

"(Setakat ini), belum ada apa-apa arahan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan kembali tugas pengurusan pensijilan halal Malaysia dari Halal Industry Development Corporation (HDC) kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum ini yang tidak membenarkan mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan kanakkanak bawah 12 tahun untuk mengerjakan ibadah haji berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1).

Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga mensyaratkan keperluan sijil kesihatan umat Islam yang mahu menunaikan haji dan umrah pada tahun ini dan suntikan vaksin yang sepatutnya, perlu diberikan kepada bakal jemaah haji dan umrah bagi mengelak jangkitan wabak itu.

Jamil Khir berkata kumpulan pertama yang akan berlepas ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu ialah pada 20 Oktober depan.

Katanya bagi memenuhi syarat Kementerian Kesihatan Arab Saudi, semua jemaah haji akan dikehendaki mengambil suntikan Influenza A(H1N1).

Sementara itu, beliau mahu permohonan sijil halal diproses dengan kadar segera setelah permohonan mematuhi kriteria ditetapkan.

Beliau berkata kepantasan masa mengeluarkan sijil halal amat diperlukan oleh pihak industri dan perhotelan dan pihak di bahagian pensijilan halal perlu melihat kepada perkembangan semasa yang relevan mengenai keperluan mereka itu.

"Semalam, Jakim meminta penganjur majlis berbuka puasa memastikan lokasi berbuka termasuk hotel memiliki sijil perakuan halal dan ini akan memerlukan permohonan diproses dengan cepat," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, tempoh masa kelulusan sijil halal ialah antara sebulan dan dua bulan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan