Teoh tidak diserang sebelum meninggal dunia - Dr Prashant

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock telah diserang, sebelum pembantu politik itu menemui ajalnya bulan lepas.

Pakar patologi forensik Dr Prashant Naresh Samberkar juga memberitahu inkues terhadap kematian Teoh bahawa tiada sebarang kemungkinan bahawa serangan telah mengakibatkan kecederaan pada kawasan dubur dan tengkorak si mati.

"Dalam kes ini, kecederaan pada dubur tidak mungkin akibat serangan kerana kecederaan sedemikian kepada bukaan pada bahagian anatomikal akan mengakibatkan banyak kesan koyak sekitar kulit dan ia amat menyakitkan.

"Tidak mungkin bagi seseorang yang menanggung kesakitan seperti itu, untuk berjalan ke tingkap dan kemudiannya jatuh," katanya hari ini, ketika disoal oleh peguam Tan Hock Chuan, yang hadir bagi pihak kerajaan, berhubung teori serangan yang dibangkitkan di mahkamah sebelum ini.

Mengenai kecederaan pada tengkorak, beliau berkata ia berlaku akibat impak ke atas punggung, mengakibatkannya bergerak di sepanjang tulang belakang sebelum berakhir dengan retak pada tengkorak.

Dalam keterangannya, Dr Prashant berkata tiada kecederaan ketara ekoran pergelutan atau mempertahankan diri pada manamana bahagian tubuh Teoh.

Ditanya oleh Tan mengenai punca sebenar kematian, saksi itu berkata: "Saya telah nyatakan dalam laporan bedah siasat saya bahawa punca kematian adalah kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.

"Kecederaan yang dialami oleh simati konsisten dengan keputusan terhadap punca kematian bahawa dia terjatuh dari sebuah tempat yang tinggi," katanya.

Mengenai sama ada Teoh masih hidup ketika dia terjatuh ke atas lantai dari tingkat lima Plaza Masalam di sini, pakar patologi itu berkata pembantu politik itu masih hidup ketika impak. Dr Prashant, 42, yang berkhidmat dengan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata kecederaan seperti itu boleh menyebabkan pendarahan yang banyak yang tidak didapati ketika mayat dijumpai.

Mengenai kecederaan pada tengkorak, beliau berkata ia berlaku akibat impak ke atas punggung, mengakibatkannya bergerak di sepanjang tulang belakang sebelum berakhir dengan retak pada tengkorak.

Dalam keterangannya, Dr Prashant berkata tiada kecederaan ketara ekoran pergelutan atau mempertahankan diri pada manamana bahagian tubuh Teoh.

Ditanya oleh Tan mengenai punca sebenar kematian, saksi itu berkata: "Saya telah nyatakan dalam laporan bedah siasat saya bahawa punca kematian adalah kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.

"Kecederaan yang dialami oleh simati konsisten dengan keputusan terhadap punca kematian bahawa dia terjatuh dari sebuah tempat yang tinggi," katanya.

Mengenai sama ada Teoh masih hidup ketika dia terjatuh ke atas lantai dari tingkat lima Plaza Masalam di sini, pakar patologi itu berkata pembantu politik itu masih hidup ketika impak.

Dr Prashant membuat kesimpulan itu berasaskan lima faktor. Pertama, kecederaan yang dialami oleh Teoh konsisten dengan kecederaan seseorang yang terjatuh dari tempat yang tinggi.

Kedua, katanya jumlah kecederaan pada tisu lembut dan calar akan hanya berlaku sekiranya mangsa masih hidup ketika dia terjatuh.

Bagi faktor ketiga, beliau mendapati bahawa 700ml darah dan darah beku ditemui di dada kiri serta 100ml darah dijumpai di dada kanan, menunjukkan pendarahan seperti itu akan hanya berlaku sekiranya mangsa masih hidup ketika impak.

Keempat, Dr Prashant berkata kecederaan pada tengkorak, terutamanya darah beku sekitar bahagian atas kepala, konsisten dengan keadaan seseorang mangsa yang masih hidup.

Akhir sekali, katanya Teoh masih hidup sejurus sebelum menemui ajalnya berdasarkan pendarahan dalam otaknya.

Terdahulu, pakar patologi itu, yang berasal dari India, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Teoh, bersamasama Dr Khairul Azman Ibrahim, pada 17 Julai.

Inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas disambung pada sebelah tengah hari. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan