Teoh dipercayai membunuh diri - Dr. Prashant

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pakar patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Prashant Naresh Samberkar turut menyimpulkan bahawa kematian pembantu politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock kerana membunuh diri.

Semasa memberi keterangan sebagai saksi ke-15 inkues kematian Teoh hari ini, Dr. Prashant turut mengemukakan teori bahawa si mati mungkin berada dalam keadaan mencangkung di bingkai tingkap di tingkat 14 sebelum terjun.

Beliau turut mengemukakan beberapa fakta yang menyokong hujahnya berhubung Teoh mati akibat membunuh diri.

"Pada pendapat saya terdapat kemungkinan dalam kes ini bahawa si mati telah membunuh diri berdasarkan fakta yang pertama iaitu kecederaan yang terdapat pada badan si mati adalah konsisten dengan kecederaan seseorang yang terjatuh dari tempat tinggi.

"Keduanya ialah berdasarkan hasil laporan toksikologi adalah negatif, ini menunjukkan beliau tidak dipengaruhi oleh kesan alkohol mahupun kesan dadah," katanya semasa memberi keterangan hari ini.

Dr. Prashant juga memberitahu mahkamah bahawa tidak ada petunjuk yang menunjukkan bahawa si mati mengalami sesak nafas seperti yang berlaku apabila leher seseorang dicekik.

Berdasarkan keterangannya dihadapan Koroner Azmil Muntapha Abas, kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri adalah konsisten dengan kesimpulan yang dibuat oleh seoarang lagi pakar patalogi yang memberi keterangan pada Jumaat lalu iaitu Dr. Khiarul Azman Ibrahim.

Berhubung teori yang mengatakan Teoh berada dalam keadaan mencangkung, Dr. Prashant berkata: "Pada pandangan saya si mati mungkin berada dalam keadaan mencangkung kerana tidak mungkin seseorang yang mempunyai ketinggian 174 sentimeter untuk berdiri di bingkai tingkap tersebut."

Bagaimanapun peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo cuba mengemukakan teori sama ada si mati berkemungkinan mencangkung dalam keadaan ketakutan dan cuba melawan sebelum jatuh dari tingkap tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata Gobind, kesan kotor pada tingkap dan kesan calar secara menegak yang dipercayai sebagai cap jari menunjukkan Teoh melawan sebelum beliau jatuh.

Dr. Prashant berkata: "Ianya mungkin."

Pada mulanya Gobind menarik perhatian mahkamah dengan cuba menyamakan teori yang pernah dikemukakan oleh Dr. Khiarul.

Dalam keterangan sebelum ini, Dr. Khairul yang turut menjalankan bedah siasat terhadap mayat Teoh, pernah mengandaikan bahawa Teoh berkemungkinan bediri pada bahagian kecil pada dinding yang terdapat di luar tingkap sebelum terjun ke koridor tingkat 5 di mana mayat dijumpai.

Bagaimanapun koroner menegur Gobind dengan memperbetulkan fakta bahawa keterangan Dr. Prashant adalah berbeza dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Khairul.

"Dr. Prashant kata si mati mungkin duduk mencangkung di bingkai tingkap, bukan di bahagian kecil tersebut.

"Kenyataan bahawa si mati berdiri di bahagian kecil itu adalah dari Dr. Khairul, bukan Dr. Prashant," kata koroner.

Gobind kemudiannya berkata: "Oh... jadi fakta Dr Khairul dan Dr. Prashant adalah berbeza, maafkan saya Tuan Koroner."

Dr. Prashant kemudiannya menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau menjumpai kesan tanda garis berukuran 3 milimeter pada salah satu kasut si mati.

Beliau berpendapat kesan tersebut adalah konsisten dengan kemungkinan Teoh mencangkung di bingkai tingkap sebelum terjatuh.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Bagaimanapun, ketika ditanya peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan, sama ada, ada kemungkinan bagi Teoh mencangkung sendiri di tingkap, Dr. Prashant berkata:" Mungkin".

Malah Dr. Prashant juga berkata hasil pemeriksaanya juga mendapati tidak terdapat tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya homisid (pembunuhan) terhadap si mati berdasarkan beberapa sebab termasuk tidak terdapat sebarang kecederaan akibat mempertahankan diri serta tiada kecederaan pada lidah si mati yang kebiasaannya terjadi akibat meronta.

Jelas Dr. Prashant yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang patalogi forensik ini lagi kematian Teoh juga tidak mungkin disebabkan kemalangan kerana hasil siasatan taksokologi yang diperolehinya menunjukkan si mati tidak berada di bawah pengaruh dadah ataupun alkohol.

"Tidak mungkin mangsa jatuh secara tidak sengaja dengan membuka tingkap kerana penghadang tingkap terletak di atas pusat graviti tubuh dan keadaan lantai di tingkat 14 berkarpet dan tidak licin.

"Pada pendapat saya, kemungkinan besar sebab kematian dalam kes ini, adalah berniat membunuh diri," katanya.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Teoh masih hidup selepas jatuh dari tingkat 14.

Kenyataan tersebut berdasarkan keterangan Dr. Prashant bahawa jumlah kecederaan pada tisu lembut dan calar hanya akan berlaku sekiranya mangsa masih hidup ketika terjatuh.

"Saya juga mendapati bahawa terdapat sejumlah 700 mililiter (ml) darah dan adarah beku ditemui di dada kiri serta 100ml darah dijumpai di dada kanan.

"Pendarahan seperti itu hanya akan berlaku sekiranya mangsa masih hidup ketika impak berlaku," kata Dr. Prashant.

Malah katanya kecederaan pada tengkorak mangsa terutamanya darah beku yang terdapat di bahagian atas kepala adalah konsisten dengan keadaan yang menunjukkan beliau masih hidup selepas jatuh.

Manakala fakta terakhir yang menyokong keterangan bahawa Teoh masih hidup selepas jatuh adalah berdasarkan pendarahan yang berlaku dalam otaknya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan