Sistem aduan LPKP diaktifkan semula

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganan (LPKP) hari ini telah mengaktifkan semula sistem aduan LPKP setelah tergendala sejak pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 10 Apri 2009 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika merasmikan Majlis Pelancaran MySMS dan Hotline LPKP berkata,pengaktifan semula talian hotline atau sistem aduan tersebut akan memudahkan orang-ramai membuat aduan demi menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam selaras dengan gagasan 1Malaysia.

"Susulan daripada pembubaran MECD pada 10 April 2009, perkhidmatan SMS dan Hotline LPKP telah tergendala buat sementara waktu menyebabkan orang-ramai tidak dapat membuat aduan berhubung mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada LPKP.

"Oleh sebab itu kerajaan merasakan sistem aduan LPKP ini perlu dipulihkan dengan kadar yang segera," katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan perkhidmatan MySMS 15888 dan pengaktifan semula Hotline LPKP adalah menepati sasaran KPI dalam menangani aduan yang diterima.

Melalui sistem itu, kesemua aduan yang diterima daripada orang awam akan direkodkan ke dalam Sistem Maklumat Kenderaan Perdagangan (SIKAP) untuk disiasat dan diselesaikan oleh unit penguatkuasaan LPKP.

Bagi aduan yang bukan di bawah bidang kuasa LPKP, ia akan dimajukan terus kepada pihak yang berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM)dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Selepas membuat aduan, pengadu akan diberikan nombor rujukan supaya boleh membuat semakan berkenaan dengan aduan tersebut secara online.

Bagaimanapun, menurut Nazri, LPKP tidak akan dapat melayani sebarang aduan yang tidak lengkap.

"Aduan yang dibuat mestilah lengkap seperti nama pengadu, alamat, nombor pendaftaran kenderaan, lokasi dan masa kejadian.

"Aduan yang tidak lengkap tidak akan dilayan oleh LPKP. Orang-ramai juga haruslah bersikap adil kepada LPKP. Jika mereka mahu aduan mereka dilayan, mereka juga mestilah bekerjasama," ujar beliau lagi.

Pada tahun 2008, daripada 4,804 aduan yang dibuat 2,718 berjaya diselesaikan manakala pada tahun ini daripada 2,056 aduan yang dibuat sebanyak 1,199 kes berjaya diselesaikan.

Orang-ramai boleh membuat aduan melalui perkhidmatan bebas tol 1-800-88-9600 atau SMS ke 15888.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan