Pesawat terhempas: Mayat juruterbang belum dituntut

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mayat juruterbang warga asing yang ditempatkan di Hospital Taiping selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas dan terbakar di Landasan Terbang Tekah, Taiping 100km dari sini masih belum dituntut oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Derah Taiping Supt Syed Abdul Wahab Abdul Majid berkata mayat Michael Robert Dacre, 53, masih belum diserahkan kepada keluarganya kerana polis masih menyiasat kejadian itu.

"Polis memaklumkan kepada kedutaan Britain di Kuala Lumpur berhubung kejadian itu. Siasatan masih belum selesai dan mayat mangsa masih disimpan di Hospital Taiping," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata selesai sahaja siasatan kejadian itu, polis akan memaklumkan pihak kedutaan bagi menguruskan mayat mangsa. Dalam kejadian Ahad lepas, mangsa bersendirian ketika memandu uji pesawat baru jenis "Jetpod".

Bagaimanapun ketika pesawat itu berada 200 metar di ruang udara, tibatiba pesawat tersebut menjunam dan terhempas lalu terbakar.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan melecur, dibawa ke Hospital Taiping selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan