PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (SELASA)

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Selasa, 18 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

5.05 petang: Mahkamah ditangguhkan hingga esok. Saksi ke-16 akan dipanggil semula untuk menyambung keterangannya esok.

3.50 petang: Prosiding disambung semula. Saksi ke-16, Mohd. Anwar Ismail, pemangku Penguasa Kanan SPRM dipanggil memberi keterangan. Beliau adalah pegawai penyiasat dalam kes siasatan SPRM.

3.15 petang: Dr. Prashant selesai memberi keterangan kepada mahkamah. Beliau dilepaskan tanpa syarat. Mahkamah berhenti rehat dan akan disambung semula dengan memanggil saksi ke-16, seorang pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

3.05 petang: Dr. Prashant memaklumkan bahawa beliau tidak mendapatkan maklumat tentang latar belakang psikologi Teoh walaupun bersetuju dengan pendapat Gobind bahawa maklumat tersebut berguna dalam kes ini. Jelasnya, tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat tersebut terletak pada pegawai forensik.

3 petang: Dr. Prashant mengemukakan teori bahawa Teoh mungkin berada dalam keadaan mencangkung dibingkai tingkap tingkat 14 sebelum terjun.

2.30 petang: Dr. Prashant memaklumkan bahawa berdasarkan beberapa faktor beliau percaya si mati telah membunuh diri.

2.07 petang: Prosiding inkues disambung semula.

12.15 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat.

12 tengah hari: Dr. Prashant maklumkan keretakan pada bahagian atas tengkorak si mati disebabkan oleh hasil hentakkan kuat pada bahagian punggung sweaktu si mati mendapat di koridor tingkat 5, Plaza Massalam. Kesan hentakan tersebut bertindak balas secara menegak sehingga membawa kuasa fizikal yang kuat ke bahagian kepala hingga menyebabkan keretakan.

11.35 pagi: Dr. Prashant memaklimkan bahawa anggaran waktu kematian Teoh adalah dalam lingkungan 11.15 malam pada 16 Julai 2009.

11 pagi: Dr. Prashant memberitahu mahkamah bahawa hasil pemeriksaan menunjukkan tidak ada sebarang tanda-tanda pergelutan atau kecederaan akibat mempertahankan diri pada si mati.

10.50 pagi: Dr. Prashant memaklumkan bahawa Teoh masih bernyawa selepas jatuh dari tingkat 14 berdasarkan kesan kecederaan yang dialami si mati.

10.40 pagi: Dr. Prashant yang merupakan warganegara India memberitahu mahkamah bahawa penglibatan beliau dalam proses bedah siasat Teoh bersama Dr. Khairul adalah atas permintaan pihak polis dan bukannya oleh pihak keluarga Teoh.

Penjelasan tersebut bagi menjelaskan mengenai keterangan Dr. Khairul sebelum ini yang menyatakan beliau menjalankan bedah siasat bersama Dr. Prashant adalah atas permintaan keluarga Teoh.

10.30 pagi: Dr. Prashant Naresh Samberkar, Pensyarah Patalogi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya dipanggil memberi keterangan.

10.10 pagi: Cif Inspektor Mazli Jusoh memaklumkan hasil pengesanan cap jari pada tingkap di tingkat 14 terdapat kesan cap jari, bagaimanapun sifat pada kesan-kesan cap jari tersebut tidak cukup sifat. Oleh yang demikian kesan tersebut didapati negatif.

9.45 pagi: Saksi ke-13 Cif Inspektor Mazli jusoh, pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Kontigen Selangor dipanggil semula berhubung hasil pengesanan cap jari pada tingkap di tingkat 14 Plaza Massalam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan