Pengundi Padang Serai kecewa sikap 'samseng' wakil rakyat

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG SERAI: Beberapa pengundi di Padang Serai melahirkan rasa kesal dengan sikap Anggota Parlimen mereka, N.Gobalakrishnan daripada Parti Keadilan Rakyat, kerana menimbulkan kekecohan semasa penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir di Bukit Mertajam semalam.

Seorang pengusaha pengangkutan di sini, Sarjit Singh, 45, berkata wakil rakyatnya itu seolaholah mahu menjadi juara dengan tidak menghormati polis dan undang-undang negara.

"Kelakuannya seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan sebagai seorang Anggota Parlimen dia ingat boleh buat apa sahaja," kata Sarjit, yang mengakui pernah membantu Gobalakrishnan semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Merbau Pulas, Che Halijan Hassan, 45, berkata Gobalakrishnan sepatutnya menunjukkan contoh budi pekerti yang baik supaya rakyat dapat menghormatinya.

"Tetapi tindakannya menimbulkan rasa marah dan kecewa kami di sini," katanya.

Che Halijan berkata Gobalakrihnan juga sukar ditemui malah jika dihubungi beliau akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak berjumpa rakyat.

Pengerusi Rumah Ibadat Hock Teik Cheah Sin, Taman Selasih, Kulim, Tang Hiang Lai, 48, pula berkata bahawa tindak-tanduk Gobalakrishnan telah merendahkan maruah penduduk Padang Serai kerana mereka seolaholah memilih wakil rakyat yang hanya pandai buat kacau.

Hari ini Gobalakrishnan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam kerana dituduh menghalang tugas penjawat awam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan