Muhyiddin minta Majlis Fatwa ulas tuduhan Nik Aziz

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.

"Saya dah cakap akan keluarlah fatwa-fatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.

"Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.

"Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus," katanya selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Prof Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.

Muhyiddin juga berkata sebagai seorang yang beriman dan faham tentang agama Islam adalah tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Jadi, saya tak tahulah. Banyak yang beliau buat kenyataan yang bagi saya bercanggah dengan Islam itu sebenarnya," katanya.

Beliau berkata jika benar Pas mendakwa ia mengamalkan politik berlandaskan Islam yang sebenar, ahli dan pemimpin lain dalam parti itu perlu menasihati Nik Aziz agar tidak keterlaluan membuat tuduhan.

"Ini bahaya bagi Islam. Memang sebelum ini kita telah menunjukkan hasrat kita untuk bekerjasama untuk membangunkan negara, untuk tujuan umat Islam dan semangat perpaduan.

"Itu Perdana Menteri dan Umno dah sebutkan tetapi dalam keadaan sebegini, tuduhan politik yang menggunakan agama agak menyulitkan. Jadi, saya serahkan kepada beliau (Nik Aziz) untuk fikir apa yang patut," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan