Kaedah-kaedah sewajarnya mesti diambil SPRM terhadap saksi - MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bukan mempersoalkan kuasa dan kebebasan yang ada pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tetapi hanya mahu kaedah sewajarnya diberikan terhadap saksi-saksi.

Beliau berkata proses keseluruhan siasatan yang diambil oleh SPRM mestilah munasabah dan bertamadun kepada pihak-pihak yang sedang disiasat iaitu saksi, yang dilindungi sepenuhnya.

"Kuasa penguatkuasaan SPRM janganlah keterlaluan sehingga agensi itu boleh mengabaikan dan memudaratkan hakhak individu yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulan jabatan kerajaan Selangor di Bangunan Sekretariat Negeri di sini hari ini.

Semalam Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pekeliling kerajaan Selangor melarang pegawai negeri memberikan kenyataan kepada SPRM selepas waktu pejabat adalah terbatal dan tidak sah.

Katanya beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan arahan itu dalam masa seminggu.

Khalid berkata Gani ada setiap hak untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau mahu dan kerajaan Selangor akan menyediakan input dan cadangan bagi memperbaiki kaedah siasatan yang dilakukan SPRM.

Beliau juga berkata kerajaan Selangor bersedia menyertai dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan untuk mengkaji Prosedur Standard Operasi (SOP) SPRM ketika menyoal siasat saksi-saksi.

"Kita sedia kemukakan kertas kerja pada peringkat dan tingkahlaku sebagai satu kajian perbandingan mengenai kaedah siasatan yang dijalankan oleh agensi antirasuah di Malaysia, New Zealand, Finland dan Hong Kong," kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Julai lepas menyatakan Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat kaedahkaedah soal siasat yang digunakan oleh SPRM ketika mereka menyoal siasat setiausaha politik seorang exco Selangor Teoh Beng Hock.

Teoh, 30, didapati terbunuh di tingkat 5 Plaza Masalam di sini setelah mendiang memberikan kenyataan sebagai saksi kepada SPRM di tingkat 14 bangunan itu. Siasatan SPRM mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri oleh beberapa exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Mengenai kenyataan SPRM yang menyatakan bahawa suruhanjaya itu boleh menangkap Khalid kerana melarang mereka daripada melaksanakan tugas dengan mengeluarkan surat pekeliling, Khalid berkata: "keputusan itu (mengeluarkan surat pekeliling) dibuat pada peringkat exco.

"Dengan itu, ia mungkin menangkap kesemua kerajaan negeri (kesemua exco negeri) jika mereka mahu berbuat demikian." BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan