T Mohan Ketua Pemuda MIC yang baru, Komala Devi kekal jawatan Ketua Wanita

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Pemuda MIC yang baru, T. Mohan (kanan) dan timbalannya V. Mugilan dijulang oleh ahli-ahli Pemuda MIC selepas kemenangan mereka pada pemilihan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.--fotoTHE STAR oleh Abdul Rahman Senin
KETUA Pemuda MIC yang baru, T. Mohan (kanan) dan timbalannya V. Mugilan dijulang oleh ahli-ahli Pemuda MIC selepas kemenangan mereka pada pemilihan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.--fotoTHE STAR oleh Abdul Rahman Senin

KUALA LUMPUR: Penyelaras Pemuda MIC, T Mohan menang jawatan Ketua Pemuda MIC dengan mengalahkan pencabarnya S P Muthu Vello setelah mendapat 321 undi berbanding Muthu Vello, 148.

Sementara Datin Paduka P Komala Devi berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita MIC setelah mendapat kelebihan 26 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan timbalannya S Tpanyasvari.

Komala Devi mendapat 238 undi, dan Tpanyasvari 212.

Pengumuman keputusan pemilihan ini dibuat oleh Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini pada pukul 6.10 petang semalam.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda MIC dimenangi oleh Ketua Biro Politik Pemudanya V.Mugilan yang meraih 266 undi berbanding lawannya Ahli Dewan Undangan Negeri Kahang, Johor, R.Vidyananthan, 204 undi.

Untuk jawatan Timbalan Ketua Wanita, Dr C.V.Prema dari Perak yang mendapat 279 undi menewaskan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan, Dr P.Thanaletchumi yang mendapat 172 undi.

Pemilihan pelbagai jawatan keduadua pergerakan itu turut memilih 12 orang untuk jawatan Majlis Pemuda Kebangsaan MIC serta 35 orang perwakilan ke perhimpunan agung MIC serta dua orang untuk anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC). BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan