PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (ISNIN)

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Isnin, 17 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

2 petang: Saksi ke-10, Dr Khairul dilepaskan. Mahkamah ditangguh sehingga esok pagi.

11.35 pagi: Prosiding disambung.

10.50 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.35 pagi: Dr Khairul juga menyatakan bahawa kesan retakan pada tengkorak si mati boleh disebabkan akibat dipukul dengan alat tumpul ataupun benda leper. Namun beliau tetap menegaskan bahawa dalam pemeriksaannya dalam kes ini, beliau percaya keretakan tersebut adalah akibat dari kesan jatuh dari tempat tinggi.

10.20 pagi: Dr Khairul juga menyatakan bahawa kesan patah pada tulang rusuk kanan si mati juga menunjukkan kesan patah yang sama. Katanya juga, kesan patah pada paha dan kecederaan pada punggung si mati juga adalah disebabkan oleh akibat kesan jatuh.

Namun, Gobind bertanya pendapat beliau sama ada kesan patah tersebut boleh disebabkan oleh akibat dipukul dengan objek keras, Dr Khairul tidak menolak kemungkinan itu, namun beliau menegaskan bahawa hasil pemeriksaannya mendapati kesan kecederaan lutut tersebut adalah akibat terjatuh.

10.10 pagi: Dr Khairul menyatakan keretakan pada tengkorak si mati adalah disebabkan impak daripada kesan terhentak ketika jatuh dari tempat yang tingi.

10 pagi: Gobind mengasak Dr Khairul dengan soalan sama ada penting atau tidak untuk seseorang pakar sepertinya untuk menyoal siasat pegawai SPRM sendiri untuk mengetahui maklumat tentang si mati. Namun Dr Khairul menyatakan bahawa beliau tidak menjalankan soal siasat berkenaan kerana ia adalah tugas pegawai penyiasat polis.

9.50 pagi: Dr Khairul memaklumkan bahawa dalam hasil bedah siasat si mati beliau mendapati perut si mati kosong, tidak mempunyai makanan tetapi terdapat cecair berwarna coklat. Katanya, perut seseorang akan kosong setelah 4 jam selepas makan.

9.30 pagi: Dr Khairul menyatakan bahawa beliau ada menyoal siasat keluarga si mati iaitu, abang, adik, perempuan dan tunangnya bagi mendapatakan latar belakang sama ada si mati mempunyai masalah psikologi, alkohol, masalah kesihatan atau pun masalah-masalah lain.

Bagaimanapun, beliau tidak menyoal pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya beliau hanya mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan daripada pegawai penyiasat.

9.17 pagi: Saksi ke-10, Dr Khairul Azman Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan untuk kali ke-3.

9.15 pagi: Prosiding inkues bermula.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan