Saya tetap bantu SPRM dalam siasatan - Wong

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembantu khas seorang exco Selangor, Wong Chuan How, berkata beliau akan pergi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas pulih daripada kecederaan kakinya.

Katanya adalah menjadi kewajipan beliau sebagai rakyat untuk bekerjasama dengan manamana pegawai pihak berkuasa berhubung sebarang dakwaan.

"Saya bukan penjenayah walaupun saya ditahan oleh SPRM. Saya akan terus membantu SPRM dalam siasatan dan memberi sebarang bukti atau keterangan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP di sini semalam.

Kelmarin, Wong, pembantu kepada ahli exco Selangor Ronnie Liu, ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Sebelum ditahan, keadaan menjadi kecoh apabila Wong, 50, bergelut dengan sekumpulan pegawai SPRM ketika menghampiri kereta SPRM untuk dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Wong mendakwa pegawai SPRM sengaja menolaknya dan mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Beliau mendakwa tiga pegawai SPRM yang cuba menahannya semalam tidak memperkenalkan diri mereka dan beliau terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelek atas sebab keselamatan.

"Mereka sombong dan tidak memperkenalkan diri, tiada lencana atau pakaian seragam. Mereka juga enggan memberitahu nama dan hanya mengambil gari dan cuba tangkap saya.

"Saya hanya mahu memboloskan diri dan beritahu mereka bahawa saya mahu membuat laporan polis...jadi saya bergelut dengan mereka untuk melepaskan diri, katanya.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mendakwa SPRM mempunyai lebih kuasa berbanding polis apabila menahan orang tanpa melakukan siasatan.

"Wong tidak pernah ingkar penahanan...kenapa dia ditahan tanpa siasatan. Anda (SPRM) perlu menyiasat terlebih dahulu, selepas puas hati orang tersebut salah kerana rasuah, kemudian anda tangkap dia," katanya.

Oleh itu, Lim, iaitu Ahli Parlimen Ipoh Timur, menggesa ahli Lembaga Penasihat SPRM, membincangkan penggunaan kuasa yang keterlaluan oleh pegawai SPRM dalam menangani isu itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan