Orang politik perlu beri kerjasama kepada SPRM - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rakyat di negara ini termasuk orang politik perlu memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan proses undang-undang berjalan dengan baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"SPRM tidak sepatutnya membezakan siasatan ke atas orang politik atau orang biasa. Soalnya isu yang berbangkit ialah rasuah.

"Waktu yang lepas tidak ada masalah sesiapa pun yang dipanggil (untuk memberi keterangan) mereka beri kerjasama kerana ia hanyalah penyiasatan...belum lagi dihukum," katanya kepada pemberita di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull semalam bahawa SPRM akan memberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik berikutan suruhanjaya itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.

Sebelum ini, SPRM dituduh bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Wong yang cedera di kaki mendakwa dia ditolak kakitangan SPRM.

Muhyiddin berkata SPRM adalah suruhanjaya bebas dan ia tidak tertakluk kepada arahan kerajaan.

"Jadi terserahlah kepada SPRM untuk menentukan perkara itu," katanya.

Dalam hal ini, katanya, pihak pembangkang tidak wajar bertindak seolah-olah tidak memberi kerjasama kepada SPRM.

"Rekod SPRM selama ini adalah baik dan tidak sepatutnya ada pihak yang sangsi dengan operasi SPRM," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan sedia mempertimbangkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kakitangan awam yang dijangkiti influenza A (H1N1) diberikan cuti khas tujuh hari, tidak ditolak daripada jumlah cuti rehat tahunan.

Katanya beliau akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum membuat keputusan secara rasmi.

Mengenai persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan rara kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang, Muhyiddin berkata BN mungkin akan menggunakan strategi kempen dari rumah ke rumah bagi mengurangkan kebarangkalian terdedah dengan jangkitan H1N1.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir manakala pengundian pada 25 Ogos. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan