Juruterbang terbunuh pesawat ringan terhempas

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN bomba memeriksa pesawat ringan yang terhempas di Taiping, Perak hari ini yang mengorbankan juruterbang pesawat warga United Kingdom, Michael Robert Dacre, 53.--fotoSIN CHEW DAILY
PASUKAN bomba memeriksa pesawat ringan yang terhempas di Taiping, Perak hari ini yang mengorbankan juruterbang pesawat warga United Kingdom, Michael Robert Dacre, 53.--fotoSIN CHEW DAILY

TAIPING: Seorang warga asing terbunuh apabila pesawat ringan yang sedang diujipandu terhempas dan terbakar ketika baru berlepas di landasan terbang Tekah, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Syed Abdul Wahab Abdul Majid berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu dikenali sebagai Michael Robert Dacre, 53, berasal dari United Kingdom.

Mangsa yang mengalami cedera parah selain melecur, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini.

Syed Abdul Wahab berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu sendirian dikatakan melakukan ujian ke atas pesawat yang baru dipasang oleh syarikat AVCEN yang berpangkalan di United Kingdom.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohd Sobri Abdullah berkata ketika kejadian anggota bomba telah ditempatkan di lapangan terbang tersebut pada pukul 8.30 pagi atas permintaan daripada Syarikat Patimas Technology Centre yang dipercayai pemilik pesawat terbabit.

Katanya ketika pesawat tersebut berada kira-kira 200 meter di ruang udara, tiba-tiba pesawat tersebut menjunam ke bawah dan terhempas lalu terbakar.

Seramai 18 anggota bomba dengan tiga jentera yang berada di situ dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran sebelum mangsa dikeluarkan, kata Mohd Sobri.

Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat bagi mengetahui punca kejadian. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan