Berikan diskaun tol di musim perayaan - Shaziman

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Syarikat-syarikat pengendali atau pemegang konsesi lebuh raya perlu memberikan potongan tol atau diskaun kepada pengguna ketika musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Katanya mereka perlu berlaku adil kepada pengguna kerana lebuh raya akan menjadi sesak akibat peningkatan aliran trafik berkali ganda sehingga mengakibatkan pengguna tidak dapat sampai ke destinasi mereka mengikut masa yang ditetapkan.

"Contohnya, pada musim perayaan pengguna jalan raya terpaksa mengambil masa antara empat sehingga lapan jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur ke Ipoh, sedangkan ia hanya mengambil masa dua jam setengah sahaja masa perjalanan pada hari biasa.

"Mereka perlu berlaku adil dan bertimbang rasa terhadap kesukaran yang terpaksa dilalui oleh pengguna apabila terpaksa menghabiskan masa di atas lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Raub di Kompleks Rakan Muda Raub dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Datuk Sahairuddin Abdul Moin dan Timbalan Ketuanya Abdul Aziz Mat Kiram.

Bagaimanapun Shaziman berkata kerajaan hanya menggalakkan mereka berbuat demikian dan bukannya satu arahan.

"Tidak semua konsesi lebuh raya mampu untuk berbuat demikian," katanya.

Selain itu, Shaziman yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno turut mengingatkan pengendali lebuh raya supaya meningkatkan tahap keselamatan terutamanya ketika musim perayaan bagi memastikan nyawa pengguna tidak terdedahkan kepada bahaya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menjalankan kajian Pemetaan Bahaya Cerun di seluruh negara bagi mengenal pasti cerun-cerun yang tidak stabil di kawasan sepanjang jalan-jalan Persekutuan dan kawasan penempatan.

Kajian setahun yang dilakukan JKR Bahagian Cerun sejak 2007 sehingga 2008 yang turut melibatkan kawasan di Ulu Klang membabitkan lebih 500 cerun.

Katanya kajian dijalankan adalah untuk membantu pihaknya dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan proaktif bagi memantau dan membaik pulih cerun-cerun terbabit.

"Melalui kajian itu kita dapat meningkatkan tahap pentadbiran cerun agar ia sentiasa dipantau dari semasa ke semasa supaya ia tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan penduduk di kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata hasil kajian itu akan dimaklumkan kepada kabinet dua minggu lagi dan JKR juga akan memasang papan tanda kecemasan di kawasan cerun berbahaya di seluruh negara bagi memudahkan pemantauan dilakukan terutamanya pada musim tengkujuh.

Katanya bagi negeri Sabah sahaja kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM600 juta untuk membaik pulih cerun-cerun berbahaya yang terdapat di negeri itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan