Semua petugas Istana Abdul Aziz dikuarantin

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua petugas di Istana Abdul Aziz di sini dikuarantin sehingga Ahad ini berikutan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dijangkiti influenza A (H1N1).

Kaum kerabat termasuk kakitangan istana itu juga tidak dibenarkan sama ada keluar atau masuk ke kawasan istana itu sejak Tengku Puan Pahang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dijangkiti penyakit itu Sabtu lepas.

Perkara berkenaan disahkan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah ketika dihubungi dari Wad Diraja HTAA Jumaat.

"Tiada siapa dari dalam istana dibenarkan keluar, pekerja dari luar pun tidak dibenarkan masuk sehingga 16 Ogos ini," kata baginda menerusi khidmat khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini semalam.

Bagaimanapun jumlah kakitangan istana berkenaan yang dikuarantin tidak dapat dipastikan.

Jumaat lepas, lima anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah, 12; pasangan kembar, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom Athiyatullah, 7, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif H1N1.

Tunku Azizah Aminah Maimunah pula dimasukkan ke wad yang sama sehari kemudian kerana dijangkiti virus berkenaan semasa menjaga kelima-lima anakanda baginda.

Adinda baginda, Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar turut dimasukkan ke wad berkenaan Selasa lalu setelah menunjukkan simptom H1N1.

Tunku Azizah Aminah Maimunah berkata baginda bersama lima anakandanya yang semakin pulih masih berada dalam pengawasan doktor di Wad Diraja HTAA.

Menurut baginda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga tidak dibenarkan melawat keluarganya yang dikuarantin di wad tersebut.

"Kami yang berada di Wad Diraja ini tidak dibenarkan keluar, begitu juga orang luar tidak dibenarkan datang melawat kami bagi mengelakkan H1N1 menjangkiti orang lain," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan