Pembantu khas Ronnie Liu masih dirawat di Hospital Serdang

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pembantu Khas seorang exco Selangor, Wong Chuan How, masih menerima rawatan di Hospital Serdang, dekat sini, selepas terjatuh ketika bergelut dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sungai Pelek, Sepang, Jumaat.

Anggota exco berkenaan Ronnie Liu berkata pembantunya tidak dapat berjalan dan mungkin memerlukan masa selama seminggu untuk pulih.

Pergelutan itu berlaku semasa Wong hendak dibawa oleh sekumpulan pegawai SPRM dari Pejabat Perkhidmatan Wakil Rakyat Sungai Pelek ke dalam kereta untuk ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Sebelum itu, Wong disoal oleh pegawai SPRM berhubung pemberian projek melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek.

Liu berkata selepas pergelutan itu, Wong membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelek sebelum pulang untuk menemui bapanya yang uzur.

Kemudian Wong pergi ke Hospital Serdang kira-kira pukul 12 tengah hari untuk mendapat rawatan, katanya.

Liu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, berharap pihak SPRM akan memberi penangguhan kepada Wong untuk memberikan keterangannya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Wong tidak ditolak oleh pegawai-pegawai suruhanjaya itu hingga beliau terjatuh.

Wong terjatuh sendiri ke tanah, kata kenyataan itu.

SPRM berkata, kejadian itu berlaku di Pusat Perkhidmatan DAP Sungai Pelek bila sekumpulan tujuh pegawai SPRM pergi ke sana untuk menangkap beliau berhubung siasatan yang sedang berjalan.

Bila mereka tiba di tempat itu, Wong dan peguamnya sudahpun berada di sana.

"Pegawai kami menyerahkan notis tangkapan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 kepada Wong. Pegawai itu juga menjelaskan tentang notis itu kepada Wong dan memintanya menandatanganinya tetapi beliau enggan," kata kenyataan itu.

Wong diiringi ke kereta MACC yang diletakkan di luar pusat berkenaan.

Ketika itu, beliau enggan memasuki kereta dan berjalan ke arah lain tetapi pegawai berkenaan cuba menahannya dan terus memintanya masuk ke kereta.

"Beliau terjatuh ke tanah pada ketika ini," kata kenyataan itu.

Kemudian, pegawai-pegawai SPRM membenar dan mengiringi beliau ke balai polis untuk membuat laporan terhadap mereka dengan mendakwa beliau ditolak oleh mereka hingga terjatuh dan mendapat cedera.

Pegawai-pegawai SPRM telah membuat laporan balas polis. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan