Pelajar sertai perhimpunan haram diberi amaran gantung sekolah

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua 29 murid dan pelajar, yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) di ibu kota pada 1 Ogos lepas, akan digantung sekolah jika didapati menyertai lagi aktiviti seumpama itu pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata selain amaran keras itu, mereka juga diberikan kaunseling oleh pihak sekolah masing-masing.

Menurutnya hasil siasatan mendapati ada di kalangan mereka diperalat golongan pembangkang untuk menyertai perhimpunan itu dengan bas disediakan untuk membawa mereka ke tempat perhimpunan selain diberikan wang.

"Kita tidak mahu mereka dipengaruhi unsur-unsur negatif kerana ada di kalangan mereka yang disoal siasat memberitahu mereka diupah. Budak-budak memanglah seronok apabila dapat upah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke54 Persatuan Sejarah Malaysia di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan itu, kira-kira 5,000 penyokong GMI termasuk pemimpin pembangkang menyertai perhimpunan haram bagi menyatakan pandangan supaya ISA dimansuhkan. Perhimpunan haram itu telah menyebabkan banyak premis perniagaan termasuk pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mengenai pengajaran mata pelajaran Sejarah kepada murid tahap dua di semua sekolah rendah termasuk jenis kebangsaan iaitu bagi Tahun empat, lima dan enam yang dijadualkan bermula pada 2012, Mohd Puad berkata antara kandungan dalam mata pelajaran itu ialah sejarah mengenai tokoh-tokoh tempatan.

Peristiwa penting seperti kedatangan masyarakat ke kawasan itu dan sejarah asal usul sesuatu kawasan juga akan diajar, katanya.

"Tapi kita kena ada garis panduan kerana kita mahu tokoh yang diajar adalah mereka yang benarbenar berkaliber. Kita tak naklah kalau kita cerita pasal penghulu kampung, tengoktengok dia ada kes mahkamah," katanya.

Menurutnya pengajaran Sejarah untuk murid-murid itu tidak dilakukan seperti mata pelajaran lain sebaliknya menerusi kaedah interaksi yang menyeronokkan seperti pertandingan, perbahasan dan kuiz.

Ketika ini, projek perintis mengenainya sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 500 sekolah di seluruh negara.

Terdahulu, pada majlis itu, Mohd Puad menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2008 pelbagai kategori yang menyaksikan masing-masing membawa pulang wang tunai, piala dan sijil penghargaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan