Nik Aziz cari alasan jaga hubungan - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan PAS sentiasa mencari alasan untuk mempertahankan DAP walaupun perbuatan parti itu menghina Islam demi menjaga hubungan baik dalam pakatan pembangkang.

"Bagi Nik Aziz, orang bukan Islam boleh hina Islam, tetapi orang Islam tidak boleh hina Islam.

"Oleh kerana mereka (PAS) berkawan dengan DAP maka mereka mestilah cari alasan untuk pertahankan tindakan kawan mereka itu," ujar Dr. Mahathir ketika ditanya mengenai tindakan PAS yang berat hati membuat ulasan mengenai tindakan DAP.

Kelmarin Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Sebaliknya beliau menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Mengulas mengenai peluang Barisan Nasional untuk memenangi kerusi DUN Permatang Pasir, Dr. Mahathir mengatakan beliau belum boleh memberikan komen kerana tidak mengetahui situasi di kawasan itu.

"Saya tak boleh bagi komen lagi mengenai perkara itu, saya belum lagi tahu keadaan disana," katanya.

Barisan Nasional mencalonkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan