Isu DAP hina Islam: Muhyiddin hairan pendirian Nik Aziz

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam.

Beliau berkata sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri (Menteri Besar Kelantan), Nik Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.

"Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat parti DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata perbuatan menghina agama sama ada Islam atau bukan Islam tidak harus dilakukan kerana ia boleh merosakkan kestabilan, keamanan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.

"Di Malaysia ini keadaan, situasi negara yang stabil, aman kerana kita menghormati antara lain soal budaya dan agama, kita sudah lama buat, sudah hampir...tak lama lagi 52 tahun negara merdeka, satunya teras ialah menghormati agama, budaya, kaum yang ada dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata sekiranya "fatwa" Nik Aziz itu boleh diguna pakai maka akan berlaku huru hara dan akhirnya rosak Malaysia.

"Jadi saya percaya, kalau pun untuk raih sokongan, nak popular, soal Islam tidak boleh dikorban, soal maruah dan martabat agama mesti dipertahankan," katanya.

Katanya PAS bukan sebuah parti yang mempertahankan agama Islam walaupun pemimpin mereka melaungkan slogan membangun bersama Islam.

"Ini yang saya cukup bimbang pemimpin Melayu yang berkata juara pertahankan Islam tetapi dia tidak menunjukkan sikap yang bertanggungjawab, bahaya itu.

"Saya nak beri amaran kepada orang Melayu jangan dengar cakap pemimpin PAS yang cakap tidak serupa bikin, dia kata nak membangun bersama Islam tetapi dia buat halhal yang membawa kesan buruk kepada masyarakat," katanya.

Muhyiddin berkata Nik Aziz yang dikatakan tokoh agama, sepatutnya memberi amaran atau menasihati kalangan pemimpin DAP terbabit supaya jangan menghina Islam.

Beliau yang bimbang dengan kenyataan Nik Aziz itu, berkata hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan agama.

Sementara itu,di KOTA BHARU, Majlis Veteran Umno Kelantan berpendapat kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan pemimpin DAP menghina Islam sebagai tidak konsisten dan lebih kepada kepentingan politik sematamata.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rozali Isohak hari ini berkata kenyataan Nik Aziz itu berbeza dengan sebelum ini di mana Menteri Besar Kelantan itu lebih jelas memberi gambaran kepada sesiapa yang menghina Islam perlu diperangi.

"Saya pun tidak faham pegangan Tok Guru (Nik Aziz) sekarang, komen dia tidak konsisten dan ini mengelirukan serta memalukan (Islam)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz.

Semalam, Nik Aziz dipetik sebagai berkata beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Nik Aziz sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata keengganan PAS bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan perpaduan di negara ini juga disebabkan sikap Nik Aziz yang menganggap seolaholah Umno haram di sisi PAS.

"Kalau untuk berbincang dengan Umno bagaikan haram bagi Tok Guru (Nik Aziz), tetapi dengan DAP kata apa sekalipun tidak apa," katanya.

Di SETIU, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pendirian Nik Abdul Aziz yang sering berubah-ubah berhubung hukum agama, dibimbangi boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.

Katanya, tindakan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak konsisten termasuk tidak membantah tindakan pemimpin DAP menghina Islam, boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Kita bimbang, penghinaan terhadap agama (oleh pemimpin DAP terhadap Islam) telah dihalalkan (oleh Mursyidul Am PAs)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim di sini semalam.

Mengulas lanjut, Shafie mempertikaikan kemampuan PAS untuk menegakkan hukum Hudud sedangkan pendirian pemimpin tertingginya sering berubah dan tidak konsisten berkaitan hukum agama.

Terdahulu ketika berucap merasmikan mesyuarat itu, beliau berkata pemimpin PAS hanya sibuk mengambil tahu apa yang berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sedangkan Pakatan Rakyat juga menghadapi masalah dalaman.

"Dia tidak nampak apa yang Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) buat atau apa yang DAP atau PAS buat. Mereka tidak pula mempersoalkan pendirian Anwar yang masih membisu berhubung isu arak di Selangor," katanya.

Di IPOH, ,Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pemimpin dan umat Islam di negara ini tidak wajar dituduh lebih menghina Islam daripada DAP hanya kerana mereka tidak menerima pendekatan Islam seperti yang dibawa PAS.

Beliau berkata pemimpin dan umat Islam sebenarnya menolak pendekatan Islam cara PAS yang dilihat lebih membawa banyak keburukan seperti menabur fitnah, maki hamun, tiada adab ketika bercakap serta adab dalam berpolitik.

"Kita tidak mahu menerima Islam cara itu (cara PAS), kita mahu menerima pendekatan Islam yang syumul (sempurna). Kita menerima Islam itu secara keseluruhannya.

"Mereka (PAS) kata cara mereka adalah cara Islam tetapi mereka memaki hamun, menabur fitnah dan menghina orang lain apatah lagi sesama Islam, cara ini yang kita tolak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan memperkasa dan pemberian insentif Pertubuhan Belia Perak di kediaman rasminya.

Mengenai kenyataan Nik Aziz mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa dan mereka tidak sepatutnya membuat serangan peribadi terhadap Penasihat PKR itu, Zambry berkata Nik Aziz sepatutnya turut memberi nasihat yang sama kepada penceramah politik PAS.

Beliau berkata dalam sesi ceramah PAS, anggota parti dan penceramahnya juga tidak mengikut lunas seperti yang disebut oleh Nik Aziz malah kempen politik mereka dipenuhi dengan serangan peribadi, maki hamun dan mencerca umat Islam yang tidak sealiran dengan fahaman politik yang dibawa parti itu.

"Saya setuju sangatlah dengan lunas yang dikatakan beliau, dan saya harap PAS laksanakan juga lunas itu. Saya nasihatkan tok guru (Nik Aziz) lihat samalah perkara ini dan laksanakanlah apa yang tok guru (Nik Aziz) cakap.

"Beritahulah kepada penceramah tok guru supaya jangan cerca batang tubuh orang...jadi ini bukan untuk orang Umno, orang BN sahaja, untuk orang PAS juga," katanya.

Sementara itu, mengenai pendapat Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya mereka yang mempertikaikan Perlembagaan Negara dan menghina agama Islam dan Raja dilucutkan kerakyatan, Zambry berkata ia adalah wajar. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan