Biar kerajaan negeri selesaikan isu Kg Buah Pala - Koh

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Nasional Pulau Pinang menyerahkan kepada kerajaan negeri pimpinan DAP untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, hanya kerajaan negeri yang perlu bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi penduduk kampung itu.

"Mereka (kerajaan negeri) nak sangat jadi hero, biarlah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan parti Gerakan Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kekecohan yang berlaku di Kampung Buah Pala semalam berikutan tindakan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd membawa pekerja dan jentolak untuk merobohkan 23 rumah penduduk di kampung berkenaan setelah tiada penyelesaian muktamad dicapai berhubung isu tanah di kawasan itu.

Kekecohan itu bagaimanapun reda apabila pemaju menangguhkan kerja meroboh rumah penduduk kepada 1 Sept ini selepas berbincang dengan polis, wakil penduduk dan bailif mahkamah.

Terdahulu, Koh yang juga Presiden Gerakan dalam ucapannya menyeru kepada semua ahli parti itu supaya menyokong sepenuhnya gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selain mengingatkan mereka agar tidak terlibat dengan budaya negatif seperti demonstrasi jalanan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan