Tidak ada rakyat Malaysia menjadi mangsa Taufan Morakot

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUSNAH..Beberapa rumah musnah akibat Taufan Morakot di Kaohsiung, selatan Taiwan Selasa lalu. Ekoran kejadian tersebut pasukan mencari dan menyelamat meneruskan misi untuk mencari mangsa yang dilaporkan hilang. Setakat ini 600 orang telah dilaporkan meninggal dunia akibat bencana alam tersebut.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan bahawa tidak ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa Taufan Morakot di kawasan yang dilanda bencana alam itu di Taiwan.

Persahabatan Malaysia dan Pusat Perdagangan Malaysia di Taipei akan memantau keadaan itu, menurut kenyataan Kementerian Luar di sini semalam.

Menurut pihak berkuasa Taiwan, sekurang-kurangnya 90 orang terkorban, beratus-ratus orang hilang dan beratus-ratus orang lagi cedera akibat taufan itu yang mula melanda pulau tersebut Jumaat lepas.

Hujan lebat yang dibawa taufan itu menyebabkan kejadian banjir yang paling buruk dalam sejarah Taiwan dan mengakibatkan kemusnahan banyak bangunan dan kawasan pertanian.

Kawasan paling teruk ialah di daerah Pintung, Kaohsiung, Tainan, Taitung dan Nantau. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan