PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (KHAMIS)

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Khamis, 13 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

12.10 tengah hari : Saksi diminta mengecam barang kes seperti seluar, kemeja, tali pinggang,kasut, sarung kaki, seluar dalam dan 'blazer'.

11.55 pagi: Saksi ke-14 ini memberitahu mahkamah, hasil siasatan mendapati terdapat kesan tapak kasut yang tidak begitu jelas di bahagian bawah kawasan tingkap. Kesan tapak kasut tersebut berukuran lebih kurang 9 inci di tingkap tingkat 14.

11.34 pagi: Prosiding disambung semula. Saksi ke-14 DSP Shahrul Othman, pegawai penyiasat tempat kejadian, makmal forensik Bukit Aman mula memberi keterangan.

10.50 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.45 pagi: Saksi ke-13 menjelaskan ketinggian dari lantai ke paras bingkai tingkap di pejabat SPRM tingkat 14 adalah setinggi 3 kaki 2 inci. Katanya, dari ketinggian itu kemungkinan untuk melangkah keluar ada.

10.34 pagi: Saksi ke-13 menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan si mati telah diseret berdasarkan kesan geseran yang ketara di bahagian tapak kasut kanan si mati.

10 pagi: Saksi ke-13 diminta mengecam barang kes yang ditandakan sebagai exhibit. Antara barang-barang tersebut ialah kesan kotoran pada seluar si mati, baju, kot, serta 4 'swabbing'.

9.45 pagi: Saksi ke-13 menyatakan beliau turut mengambil 2 'swabbing' di sofa di pejabat SPRM tingkat 14. Difahamkan si mati pernah duduk dan baring di atas sofa berkenaan. Beliau turut mengambil 2 'swabbing' dari tingkap di tingkat 14.

9.20 pagi: Saksi ke-13 memberitahu mahkamah bahawa hasil ujian di tingkap pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang dipercayai tingkap Teoh terjatuh menggunakann kaedah 'dustting' adalah negatif. Ini kerana tingkap tersebut kotor dan berhabuk.

9.10 pagi: Prosiding bermula. Saksi ke-13, Cif Inspektor Mazli Jusoh, pegawai penyiasat tempat kejadian (CSI)Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor tampil memberi keterangan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan