Pekerja penyelenggaraan mati terjatuh diserang lebah - Berita Semasa | mStar

Pekerja penyelenggaraan mati terjatuh diserang lebah

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Dua pekerja penyelenggaraan terjatuh dari gondola mereka yang ketika itu berada di tingkat lapan di Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini semalam, selepas diserang sekumpulan lebah.

Othman Yusof, 53, mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang belum dikenal pasti terselamat dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari semalam.

Kedua-dua pekerja dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan lebah itu.

Sementara anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa memecahkan tingkap kaca untuk menyelamatkan seorang lagi mangsa yang masih berada di dalam gondola itu dan dipercayai disengat lebih 100 kali.

Kedua-dua mangsa yang kini dirawat di hospital dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid mengesahkan kesemua pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan sebelum kejadian tragik itu berlaku.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut selepas pihak polis mendapati tiada unsur jenayah," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan