Kayveas Presiden PPP yang sah, kata Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk M. Kayveas semalam disahkan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) berdasarkan hasil siasatan menyeluruh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROs).

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca kabinet di sini semalam.

Hishammuddin berkata pengesahan itu juga berdasarkan pemilihan Anggota Majlis Tertinggi sesi 2005-2010 di dalam perhimpunan Agung PPP pada 2 Oktober 2005.

"Siasatan juga mendapati bahawa pemecatan keahlian Datuk T. Murugiah adalah mengikut perlembagaan parti seperti yang termaktub di bawah perlembagaan PPP yang membawa kepada pemecatan beliau, telah dipatuhi," katanya.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata pelantikan Murugiah sebagai Presiden PPP melalui Mesyuarat Agung Khas pada 24 Mei lepas tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi Perlembagaan Parti.

"Hasil siasatan berkenaan telah dikaji dari pelbagai sudut termasuk mendapat pandangan Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Beliau berkata berdasarkan hasil siasatan itu, Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mempunyai 'locus' untuk bertindak sebagai presiden parti, menggunakan platform atau menjalankan apaapa jua aktiviti berkaitan dengan parti berkenaan.

Hishammuddin berkata parti PPP dinasihatkan supaya mengambil tindakan terhadap Murugiah sekiranya beliau masih menggunakan nama parti itu.

Beliau juga sudah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pemimpin itu dan merasakan keputusan yang dibuat ROS itu dapat diterima baik kedua-duanya.

Mengenai kedudukan Murugiah sebagai Senator, Hishammuddin berkata ia bergantung kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Krisis PPP mencapai kemuncaknya apabila Murugiah, yang dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi parti oleh Lembaga Disiplin parti kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan, mengisytiharkan dirinya sebagai 'presiden baru PPP' selepas mengadakan mesyuarat agung luar biasa di Putrajaya pada Mei lalu kerana mendakwa ia diadakan mengikut perlembagaan parti.

Kayveas pula mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti tanpa bertanding pada mesyuarat agung PPP ke-56 pada 30 Mei lepas. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan