Isu arak: Pakatan anggap isu kecil, 'terima' tindakan MB Selangor

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini bersepakat bahawa isu penjualan arak di Selangor dianggap selesai.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) selama tiga jam di Tropicana Golf Resort di sini hari ini.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),R.Sivarasa.

Anwar berkata, isu yang berlaku adalah masalah kecil namun media telah membesar-besarkan isu berkenaan.

"Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat dibincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya," katanya.

"Kita sokong tindakan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa penjualan arak kepada orang Islam tidak boleh manakala penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam kekal seperti yang ada sekarang, jadi isu ini tiada masalah bebangkit," katanya.

Selain mesyuarat MPT, Pakatan Rakyat turut mengadakan bengkel Seminar memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Difahamkan seminar selama sehari itu diadakan untuk memperkukuh jentera Pakatan di semua peringkat termasuklah jentera peringkat pusat dan penggubalan dasar.

Sementara itu, ketika ditanya bila Pakatan akan didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS), Anwar berkata:

"Yang kita putuskan sekarang adalah penubuhan sekteriat Pakatan Rakyat, di mana sekteriat itu akan mengkaji langkah selanjutnya, dan kita akan putuskan dalam mesyuarat akan datang."

Sekteriat Pakatan Rakyat diketuai oleh Salahuddin Ayub, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Dalam perkembangan lain, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon mereka di Permatang Pasir malam esok.

"Pilihan raya kecil di Permatang Pasir kali ini adalah satu simbol penting dalam Pakatan kerana yang bertanding PAS, Parlimen di bawah PKR sementara kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP."

"Calon sudah ada akan diumumkan malam esok, tunggu la," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan