Isu arak: Hasan akur keputusan MB kekalkan Ronnie Liu

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, PAS negeri tetap berpegang dengan prinsip Islam yang sama dalam isu penjualan arak di negeri itu.

"Tak ada perbezaan (prinsip Islam) dengan apa yang saya perkatakan semalam. Ini nilai universal dan kita (PAS Selangor) tak tidak pernah mengatakan arak perlu diharamkan secara total di Selangor.

"Yang saya kata, kita tak mahu arak di jual kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dan orang Islam," katanya kepada permberita ketika ditemui selepas sidang media mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort di sini hari ini.

Terdahulu, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor bersalaman dengan exco negeri itu dari DAP, Ronnie Liu menandakan mereka tidak pernah bergaduh dan yang wujud hanyalah perbezaan pendapat dalam isu berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, beliau tidak pernah bergaduh dengan Liu dalam isu penjualan arak sebaliknya apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat semata-mata.

"Saya kenal dia (Liu) sudah lebih 20 tahun, kita kawan, dalam mesyuarat Exco juga kita tidak ada masalah dan kita tidak pernah bermusuh, kita sentiasa sepakat dan bersatu hati dalam menyelesaikan sesuatu isu," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai desakan beliau yang mahu portfolio Liu ditukar ekoran tindakannya campur tangan dalam isu penjualan arak di negeri itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, isu tersebut sudah tidak timbul lagi kini.

"Saya ada bos, dan bos saya Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim). Saya hanya dengar apa dia kata. Kalau dia kata tidak ada pertukaran (portfolio, maknanya saya akan ikut," katanya.

Dalam pada itu, Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran berkata, isu penjualan arak itu sengaja dibesar-besarkan oleh pihak tertentu yang ingin melihat Pakatan Rakyat berpecah.

"Apa yang berlaku ialah perbezaan pendapat semata-mata, inilah istimewanya Pakatan Rakyat. Kita boleh berbeza pendapt dalam satu-satu isu, tapi akhirnya kita dapat selesaikannya secara baik.

"Kita ada forum untuk menyelesaikan masalah sebegini.

"Kalau ada pihak fikir mereka boleh ambil kesempatan atas apa yang berlaku dalam Pakatan mereka hanya boleh bermimpi. Yang penting kita ada penyelesaian dan boleh terus bekerjasama," katanya.

Isu penjualan arak menjadi hangat apabila, Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri sebelum itu telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam baru-baru ini.

Bagaimanapun, isu tersebut dianggap selesai apabila minggu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan bahawa setiap pengedar minuman keras di negeri itu perlu menggunakan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi mengelakkan suasana tidak senang di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan