A(H1N1): Tujuh lagi kematian dicatatkan, jumlah kematian kini 51

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh lagi kematian berkaitan dengan Influenza A(H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka adalah dari kalangan kumpulan berisiko tinggi sama ada penghidap darah tinggi, penyakit jantung, imuniti yang rendah dan penyakit kongenital.

Katanya mereka termasuk pesakit berumur antara empat bulan hingga 92 tahun.

"Pada masa ini, terdapat 51 kes di wad, 29 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 daripada 29 dalam ICU adalah kumpulan berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Persatuan Bagi Kajian Obesiti Malaysia (MASO) di sini hari ini.

Liow berkata pesakit dengan simptom penyakit serupa Influenza (ILI) dan masalah jantung, mereka yang demam kuat secara berterusan lebih dua hari dan sesiapa yang positif dengan Influenza A atau B melalui ujian pantas akan diberikan rawatan antiviral dengan segera.

Beliau berkata bagi kumpulan ini, mereka tidak perlu menunggu pengesahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) atau Hospital Sungai Buloh.

"Saya telah arahkan semua hospital dan klinik untuk merawat kumpulan pesakit ini dengan segera," katanya.

Liow turut meminta agar doktor memberi cuti sakit (MC) selama tujuh hari kepada mereka yang didapati mengalami selesema supaya mereka boleh meneruskan rawatan di rumah selain tidak mendedahkan diri kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya rakyat di negara ini tidak panik kerana daripada pesakit yang menghidapi penyakit H1N1 itu, 98 peratus telah disahkan sihat.

Katanya, apa yang dikhuatiri adalah kumpulan yang berisiko tinggi yang memerlukan rawatan segera sekiranya menunjukkan simptomsimptom dijangkiti H1N1.

"Sekiranya semua bertanggungjawab mengikut arahan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan, maka kita yakin dapat membendung wabak ini dan ia tidak akan merebak lagi," katanya.

Sementara itu, Liow berkata situasi di negara ini ekoran wabak H1N1 masih belum memerlukan kerajaan mengeluarkan perintah darurat kesihatan walaupun berada di peringkat serius ekoran peningkatan kadar kematian.

"Untuk mengisytiharkan darurat kesihatan saya perlu buat kuarantin keseluruhan komuniti di mana kerajaan perlu menyekat pergerakan orang secara keseluruhan. Kita belum sampai ke tahap itu," katanya.

Mengenai cadangan mengawal penutupan sekolah, beliau berkata Kementerian Kesihatan meminta supaya pihak sekolah menjalankan pengawasan rapi khususnya terhadap muridmurid yang tidak sihat supaya diarahkan pulang dan berehat di rumah.

Katanya, ibu bapa juga perlu bekerjasama memastikan anakanak mereka tidak pergi ke sekolah sekiranya menunjukkan tandatanda gejala H1N1 dan mendapatkan rawatan segera daripada doktor.

"Kita tutup sekolah seminggu, lepas itu kita buka semula. Kemudian ada lagi kes H1N1 dan arahan tutup akan dikeluarkan. Ini bukan caranya kita hendak menguruskan wabak ini kerana ia bukan hanya merebak di sekolahsekolah sebaliknya di kawasan komuniti, pasar malam atau pasar raya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan