Selangor larang SPRM siasat kakitangannya di luar pejabat

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua pegawai dan kakitangan pentadbiran kerajaan Selangor tidak boleh ditemu siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar pejabat masing-masing mulai sekarang.

Dengan itu, kerajaan negeri Selangor juga mahu semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan siasatan mesti dilakukan di pejabat masing-masing dalam tempoh antara pukul 8 pagi dan 6.30 petang sahaja.

Malah selaras dengan keputusan tersebut, kerajaan negeri Selangor juga ada menyediakan khidmat guaman kepada mana-mana pegawai dan kakitangan yang memerlukannya semasa temu duga membantu siasatan dijalankan oleh SPRM, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud.

"Pegawai yang memerlukan khidmat guaman ini boleh menghubungi Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor atau menghubungi terus salah seorang daripada panel peguam yang telah dilantik oleh kerajaan Selangor," kata Ramli lagi.

Seramai lapan anggota peguam panel disediakan bagi tujuan tersebut.

Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 28 Julai 2009.

Pekeliling itu bertujuan memberi arahan kepada semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor, yang diminta hadiri temu duga bagi tujuan membantu siasatan dilakukan oleh SPRM.

Dalam pekeliling itu, Ramli berkata, keputusan itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 22 Julai lalu.

Difahamkan langkah itu diambil ekoran kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada salah seorang Exco negeri Selangor bulan lalu.

Teoh ditemui mati di Plaza Masalam selepas berakhirnya siasatan SPRM yang berlarutan sehingga awal pagi hari kejadian.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan