Sasterawan Dharmala N.S meninggal dunia

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sasterawan dan budayawan Dharmala N.S. atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor, kirakira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak empat lelaki dan dua perempuan, berusia antara 16 hingga 31 tahun.

Isteri Allahyarham, Adiah Matlana, 54, berkata suaminya diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas.

"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama. Abdul Muluk juga merupakan pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (PRIMA).

Adiah berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung asal Allahyarham di Kampung Bachang Mantin, Petaling, Jelebu, selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.

Antara novel beliau ialah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, antara cerpennya bertajuk Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara 11 (antologi bersama), Sayembara 111, manakala antara drama tv bertajuk Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan