Kasitah Gaddam bebas tuduhan rasuah

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEBAS...  Tan Sri Kasitah Gaddam ketika menghadiri perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Mac 2006.
BEBAS... Tan Sri Kasitah Gaddam ketika menghadiri perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Mac 2006.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996.

Hakim Suraya Othman memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan untuk membolehkan mahkamah memanggil Kasitah untuk membela diri.

"Berdasarkan pernilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan, intipati penting bagi keduadua pertuduhan tidak dibuktikan melalui fakta di mahkamah.

"Dalam keadaan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada keduadua pertuduhan yang dihadapinya," kata Suraya dalam penghakiman setebal 73 muka surat.

Kasitah, 62, yang jelas gembira memberitahu pemberita yang beliau amat lega dan gembira dengan keputusan itu dan akan segera pergi mengunjungi ibunya di Ranau sebelum pergi menunaikan umrah bersamasama keluarga dan rakannya.

"Saya amat bersyukur kepada Allah dan saya tidak menjangka akan dibebaskan hari ini selepas melalui keperitan ini sejak 2004," katanya sebelum dipeluk oleh anggota keluarga dan isterinya Rosni Ambuting.

Kasitah dituduh menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi LKTNS untuk faedah peribadi dengan mengambil bahagian dalam keputusan untuk meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantation yang dipegang lembaga itu kepada Briskmark Sdn Bhd.

Beliau turut dituduh memperdayakan LKTNS dengan tidak mendedahkan tawaran oleh PPB Oil Palms untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap satu saham Sapi Plantation dalam proses penyenaraian.

Suraya berkata hujahan pihak pendakwaan ialah Kasitah telah merencanakan penjualan saham Sapi kepada Briskmark untuk membayar balik pinjaman banknya sebanyak RM11.5 juta dengan DCB Bank tetapi keterangan pengarah Briskmark Datuk Wasli Mohd Said dan akauntan Vincent Chia mendedahkan RM11.5 juta itu diperoleh daripada keuntungan jualan saham Intra Oil (IOs) milik Kasitah.

Beliau berkata keterangan pegawai bank DCB telah membuktikan berlaku jualan secara tulen saham IOS di mana Chia telah menggunakan keuntungan rahsianya sebanyak lebih RM30 juta dalam transaksi saham PPB Oil Palms untuk membeli saham IOS.

Beliau berkata pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan Wasli dan Chia yang dicemari dengan kepentingan peribadi di mana Chia telah menguruskan dua transaksi serentak saham PPB Oil Palm dan IOS dalam membuat keuntungan rahsia itu.

Katanya Chia telah mewakili lima pihak, di mana beliau mewakili Briskmark, pemilik Arkwell Enterprise Ltd, sebagai penasihat kepada firma perakaunan Arthur Anderson, Kasitah dan LKTNS, yang meletakkannya dalam kedudukan serius bagi konflik kepentingan melalui "banyak peranan" yang dimainkannya.

"Saya tidak menemui apaapa yang mengatakan Vincent Chia ialah rakan subahat. Bagaimanapun, daripada keterangan yang dikumpulkan, adalah jelas bahawa Vincent Chia ialah seorang oportunis yang licik, seorang tanpa prinsip atau rasa bersalah," kata Suraya.

Bagi pertuduhan kedua, katanya hujahan pihak pendakwaan bahawa Kasitah mempunyai pengetahuan mengenai tawaran 5:1 itu dan secara tidak jujur menyembunyikannya pada mesyuarat anggota lembaga pada 22 Okt, 1996, adalah tidak tepat kerana Wasli, bekas pengurus besar LKTNS, telah mengaku yang urusan perniagaan PPB Oil Palms telah dibentangkan pada mesyuarat 4 Mac, 1996.

Bagaimanapun, tawaran itu diketepikan untuk memihak kepada dua syarikat bumiputera tempatan pada mesyuarat 22 Okt, 1996, di mana selain Mohd Tahir, seorang lagi anggota lembaga Catherine Yong Shui Han, mengaku bahawa anggota lembaga LKTNS tahu mengenai tawaran 5:1 oleh PBb, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan