Internet tidak akan ditapis, kata Rais

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini berkata tiga kementerian telah diberi tugas mengemukakan cara bagi menyekat bahan hasutan dan pembohongan daripada disebarkan di Internet.

Rais juga menolak laporan agensi berita luar negara bahawa kerajaan mahu mereka bentuk perisian untuk menyekat sesetengah laman web di Internet yang telah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan bahan hasutan dan pembohongan.

"Beberapa menteri telah ditugaskan untuk meneliti contoh-contoh hasutan, penderaan pornografi kanak-kanak dan penipuan bagi menyediakan butiran dan maklumat yang perlu kepada agensi penguatkuasaan undang-undang..ia telah dilakukan hari ini (pada mesyuarat mingguan kabinet).

"Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) telah ditugaskan untuk meneliti perkara itu dan melapor balik mengenai pelbagai cara yang mungkin untuk melaksanakan pendekatan yang terbaik bagi menyelesaikan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Kibarkan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini.

"Perkara ini perlu diteliti Majlis Keselamatan Negara. Ia perlu mengemukakan beberapa langkah pencegahan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata walaupun beberapa kajian telah dijalankan mengenai perkara ini, kerajaan tidak mempunyai aplikasi yang tersirat setakat ini.

Katanya Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan dengan itu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara ini perlu bertanggungjawab.

"Hanya ada persoalan mengenai kedaulatan udangundang di Malaysia, kita kena patuh kepada kedaulatan undang-undang dan jika undang-undang dicabuli pelakunya perlu menjawab dan tiada ada persoalan mengenai penapisan atau sebagainya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan