A(H1N1): Kesihatan Tengku Puan Pahang baik

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DIKUARANTIN...Anak-anak Tengku Puan Pahang, Tengku Muhammad dan Tengku Afzan mendapatkan vaksin anti-viral Influenza A(H1N1) di hospital.FOTO IHSAN: TENGKU PUAN PAHANG TUANKU AZIZAH AMINAH ISKANDARIAH.
DIKUARANTIN...Anak-anak Tengku Puan Pahang, Tengku Muhammad dan Tengku Afzan mendapatkan vaksin anti-viral Influenza A(H1N1) di hospital.FOTO IHSAN: TENGKU PUAN PAHANG TUANKU AZIZAH AMINAH ISKANDARIAH.

KUANTAN: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah dan lima anakanda baginda yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam keadaan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata baginda bagaimanapun masih dalam pengawasan pihak hospital.

"Baginda sekeluarga sedang berehat," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Lima anakanda Tunku Azizah yang berumur tujuh hingga 14 tahun dimasukkan ke HTAA pada Jumaat lepas manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Hoh juga berkata, daripada 13 orang yang disahkan positif H1N1 di hospital berkenaan kini dalam keadaan kritikal.

Katanya, dua pesakit berkenaan ialah seorang guru lelaki berusia 38 tahun dan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan.

Hoh juga berkata, dua hospital di negeri itu iaitu HTAA dan Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh yang menempatkan pesakit H1N1 masih mempunyai antiviral, kelengkapan dan kakitangan mencukupi bagi menangani wabak itu walaupun jumlah pesakit semakin bertambah.

"Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan bagi sakit tekak dan demam sebelum ini hanya sekitar 250 orang sehari, namun sejak penularan wabak H1N1 ini, pesakit yang mengunjungi hospital meningkat kepada 450 hingga 750 orang sehari," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan