Noordin ditembak mati? Polis Indonesia umum identiti esok - Berita Semasa | mStar

Noordin ditembak mati? Polis Indonesia umum identiti esok

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia akan mengumumkan esok identiti lelaki yang ditembak mati dalam operasi antipengganas di Temanggung, Jawa Tengah sama ada ia adalah pengganas paling dikehendaki, Noordin Mohammad Top atau orang lain yang terlibat dalam kelompok pengganas di negara ini.

Ketua Perhubungan Awam Markas Besar Polis Indonesia, Nanan Soekarna berkata, polis juga akan mengumumkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat lelaki itu esok dan menyerahkan jenazahnya kepada keluarganya.

"Esok akan diumumkan siapa yang bersangkutan itu, di Hospital Polis di Kramat Jati di sini, selepas doktor menyelesaikan pemeriksaan bagi mengenal pasti identiti lelaki itu," katanya seperti dipetik media massa online tempatan, Selasa.

DNA sahkan Noordin bukan antara ditembak mati polis Indonesia

Laporan sebelum ini menyebut di hospital itu terdapat tiga jenazah yang dipercayai pengganas yang ditembak mati dalam operasi polis di dua tempat iaitu dua orang di Bekasi di sini dan seorang lagi di Temanggung.

Media massa tempatan membuat spekulasi bahawa dua orang yang ditembak mati di Bekasi itu ialah Air Setiawan dan Eko Joko Sarjono manakala lelaki yang ditembak mati di Temanggung pula pada mulanya dikatakan Noordin tetapi kemudiannya menyebutkan pula beberapa nama lain.

Nama terbaru yang dikaitkan dan disebutkan oleh laman web detikcom ialah Reno alias Tedi alias Mubarok, yang dikatakan anggota jaringan Noordin, yang handal membuat bom yang dipelajarinya daripada Dr. Azahari, seorang lagi rakyat Malaysia yang ditembak mati pada tahun 2005.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri hari ini buat pertama kalinya dilaporkan menegur stesen-stesen TV Indonesia yang begitu ghairah dalam menayangkan operasi menentang pengganas itu sehingga menayangkan gambar-gambar yang mengerikan.

Bambang meminta stesen-stesen TV supaya jangan mengganggu proses siasatan polis. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan