Nik Aziz: PAS tak mudah dipengaruhi keluar Pakatan

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada pakatan pembangkang, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, PAS tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita, di sini hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya parti itu keluar dari pakatan pembangkang berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa PAS supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindaktanduk DAP terhadap PAS. Nik Aziz berkata, keputusan PAS tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang sudahpun dibuat dalam Muktamar PAS di Ipoh tidak lama dahulu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan