KENYATAAN PENUH PENGERUSI PKA

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAPORAN... Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat (tengah) menerima laporan daripada Ketua Pasukan Petugas Khas berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang, Vinayak Pradhan dari firma guaman Skrine and Co di pejabatnya di Putrajaya semalam. Di sebelah kiri ialah Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng. foto The Star oleh GLENN GUAN
LAPORAN... Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat (tengah) menerima laporan daripada Ketua Pasukan Petugas Khas berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang, Vinayak Pradhan dari firma guaman Skrine and Co di pejabatnya di Putrajaya semalam. Di sebelah kiri ialah Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng. foto The Star oleh GLENN GUAN

BERIKUT ADALAH KENYATAAN PENUH PENGERUSI PIHAK BERKUASA PELABUHAN KLANG, DATUK LEE HWA BENG BERHUBUNG ISU PROJEK ZON BEBAS PELABUHAN KLANG (PKFZ) PADA SIDANG MEDIA DI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN, PUTRAJAYA PETANG ISNIN

ANGGOTA Lembaga Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) telah mengadakan pertemuan pagi ini untuk membincangkan kandungan laporan penuh yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas yang dibentuk pada 10 Jun lalu bagi melihat secara mendalam dan terperinci akan aspek-aspek perundangan dan kewangan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan juga PKA ekoran laporan yang disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers baru-baru ini.

Pihak anggota lembaga memerlukan masa yang lebih panjang untuk menimbang secara terperinci akan laporan yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas itu tetapi pada masa yang sama mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut.

Pertama Pihak Lembaga telah memutuskan supaya Jurukur Kualiti dalam Pasukan Petugas Khas akan terus membuat penilaian semula nilai sebenar kerja-kerja yang dijalankan oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dalam usaha untuk mengenalpasti jumlah sebenar yang terhutang kepada pemaju utama projek tersebut. Pada masa ini, pasukan ini telah mengenalpasti terdapatnya perbezaan sehingga berjumlah RM93 juta di antara tuntutan yang dibuat oleh KDSB dengan jumlah yang dikira oleh Pasukan Petugas Khas tersebut.

Pihak Lembaga PKA percaya, akan terdapat jumlah perbezaan yang lebih ketara di sepanjang proses penilaian semula itu.

Kami juga telah membincangkan secara panjang lebar akan misalan berlakunya tuntutan-tuntutan yang tidak teratur atau tidak mengikut peraturan yang serius, kecuaian, salahlaku dan lain-lain tindak tanduk yang tidak mengikut peraturan termasuklah isu kegagalan melaksanakan beberapa aspek dalam perjanjian antaranya;

1. Bukti bahawa pemaju utama kemungkinan telah melakukan tuntutan secara tidak mengikut peraturan atau tidak teratur yang serius di bawah perjanjian pembangunan, secara khususnya dalam soal infrastruktur elektrikal yang melibatkan sistem 33kv bernilai RM55.8 juta sedangkan ianya belum lagi dilaksanakan di tapak projek dan tuntutan ke atas projek 33kv kerja-kerja pembekalan serta kerja-kerja infrastruktur awam kepada PMU bernilai RM83 juta memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah pun menolak cadangan KDSB untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut;

2. Berkaitan soal tuntutan kerja-kerja awal berjumlah RM231 juta di bawah Perjanjian Pembangunan, KDSB tidak mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong kos yang telah dikeluarkan di dalam tuntutan awal tersebut. KDSB sepatutnya mengemukakan bukti akan setiap satu daripada perkara yang telah dikemukakan sebagai kos kerja-kerja awal sebelum membuat tuntutan. KDSB juga telah membuat tuntutan ke atas perkara-perkara yang mereka secara kontrak tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan sebagai contoh tuntutan perolehan untuk bon prestasi serta bayaran untuk premium insuran - kedua-duanya berjumlah RM5 juta.

3. Berkaitan tuntutan KDSB ke atas kerja-kerja kepelbagaian bernilai RM62 juta di bawah ADW dan NADW, Pasukan Petugas Khas mendapati, tidak ada asas untuk KDSB membuat tuntutan-tuntutan ini dan mereka perlulah menjustifikasikan tuntutan mereka.

4. Terdapat juga unsur-unsur terlebih tuntutan untuk kerja-kerja pembinaan hotel yang mana KDSB telah membuat tuntutan berjumlah RM69.6 juta berbanding RM44.7 juta nilaian yang dibuat oleh QS4.

5. Berkaitan dengan tuntutan di bawah yuran profesional, iaitu di bawah Perjanjian Pembangunan 3(DA3), KDSB hanya layak menuntut yuran ke atas yuran sebenar dan juga perbelanjaan yang telah berlaku. KDSB tidak mengemukakan sebarang invois atau baucer pembayaran ke atas yuran yang dituntut berjumlah RM121.6 juta.

6. KDSB juga ada kemungkinan tidak layak atau berhak untuk membuat tuntutan ke atas RM254.9 juta yang ia dakwa sebagai tuntutan tambahan di bawah DA3 kerana kerja-kerja tersebut terletak di bawah skop kerja asal yang dimasukkan di dalam LA1 dan bukannya DA3 sebagaimana yang didakwa.

Pihak Lembaga PKA sangat prihatin jumlah yang menjadi pertikaian ini mencecah ke angka ratusan juta ringgit.

Maka itu, pihak Lembaga PKA sedang menimbang akan keperluan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak tertentu.

Memandangkan kemungkinan terdapatnya unsur-unsur tuntutan yang tidak mengikut peraturan dan kesemua ini melibatkan wang rakyat, maka pihak Lembaga telah mengeluarkan arahan kepada saya untuk membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Klang pada jam 11 pagi Selasa, 11 Ogos 2009. - Datuk Lee Hwa Beng, Pengerusi PKA.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan