Kemenangan terbatal jika kempen pada hari mengundi

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PILIHAN RAYA KECIL...  Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan peta kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Pulau Pinang pada sidang akhbar mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir di Putrajaya pagi tadi. --fotoBERNAMA
PILIHAN RAYA KECIL... Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan peta kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Pulau Pinang pada sidang akhbar mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir di Putrajaya pagi tadi. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran akan membatalkan kemenangan mana-mana calon jika terbukti adanya kempen pada hari pengundian.

Peraturan itu akan dikuatkuasakan dengan tegas ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh bulan ini.

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mengikut Artikel 48(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pihaknya berhak membatalkan kemenangan mana-mana calon sekiranya terdapat laporan dan bukti yang menunjukkan wujudnya kesalahan sedemikian.

"Jika sabit kesalahan, calon berkenaan boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000," katanya.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir 25 Ogos

Sehubungan itu, Aziz menegaskan, SPR akan menetapkan larangan sama sekali tidak membenarkan pondok panas, malah usaha meraih undi pada hari pengundian.

"Daripada laporan saya terima ketika pilihan raya kecil Manek Urai (di Kelantan)... tak ada desakan mana-mana pihak, hanya berdasarkan penilaian kami, video, laporan, foto daripada SPR Kelantan, kami membuat keputusan di Permatang Pasir ini tidak akan ada lagi pondok panas parti politik.

"Sudah ada barong SPR, terletak di luar pagar di tempat-tempat yang strategik.. tiada lagi meja semakan. Yang kedua. kita akan pastikan tiada lagi usaha merayu dan meraih undi pada hari mengundi, tidak mahu melihat ramai penyokong parti berdiri di kiri kanan jalan di laluan tempat mengundi, mengganggu mengundi.

"Lebih-lebih lagi bulan puasa, tak boleh keluarkan perkataan yang tak elok.

"Saya berharap media beri kerjasama kepada SPR dan maklumkan kepada pemimpin parti supaya tidak berlaku pergaduhan dan perbalahan pada hari pengundian," kata beliau pada sidang media mengumumkan tarikh pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir pagi tadi.

Kata Aziz, SPR memutuskan sedemikian selepas mengambil kira suasana ketika pilihan raya kecil DUN Penanti dan Manek Urai baru-baru ini.

Jelas beliau, parti-parti politik merayu dan berjanji akan mematuhi larangan tersebut tetapi "telah dilanggari" ketika pilihan raya kecil di Manek Urai.

"SPR juga ingin menekankan kepada semua parti politik dan penyokong parti supaya mematuhi Subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan dengan larangan berkempen pada hari mengundi," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, mana-mana orang yang melanggar Subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu jelas diperuntukkan dalam Subseksyen 26(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelas beliau, SPR akan meminta bantuan pihak polis bagi menguatkuasakan dua larangan tersebut.

SPR juga berharap semua parti politik dan penyokong parti agar mematuhi Subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan dengan larangan berkempen pada hari mengundi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan