A(H1N1): Kesihatan Tengku Puan Pahang baik

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah dan lima anakanda baginda yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam keadaan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata baginda bagaimanapun masih dalam pengawasan pihak hospital.

"Baginda sekeluarga sedang berehat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Lima anakanda Tunku Azizah yang berumur tujuh hingga 14 tahun dimasukkan ke HTAA pada Jumaat lepas manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Hoh juga berkata, daripada 13 orang yang disahkan positif H1N1 di hospital berkenaan kini dalam keadaan kritikal.

Katanya, dua pesakit berkenaan ialah seorang guru lelaki berusia 38 tahun dan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan.

Hoh juga berkata, dua hospital di negeri itu iaitu HTAA dan Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh yang menempatkan pesakit H1N1 masih mempunyai antiviral, kelengkapan dan kakitangan mencukupi bagi menangani wabak itu walaupun jumlah pesakit semakin bertambah.

"Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan bagi sakit tekak dan demam sebelum ini hanya sekitar 250 orang sehari, namun sejak penularan wabak H1N1 ini, pesakit yang mengunjungi hospital meningkat kepada 450 hingga 750 orang sehari," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan