UM perlu kekal Jabatan Pengajian India - Setiausaha Agung MIC

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam hari ini berkata, beliau yakin nama dan struktur Jabatan Pengajian India (ISD) di Universiti Malaya akan dikekalkan dalam bentuk asal.

Menurutnya, masyarakat kaum India di negara ini mahu jabatan itu diketuai oleh seorang ahli akademik berketurunan India selepas Profesor Madya Dr S. Kumaran diganti dengan seorang bukan India.

"Status ISD itu kini menjadi isu panas," kata Dr Subramaniam, yang juga Setiausaha Agung MIC, dalam kenyataan di sini.

Adalah dilaporkan bahawa universiti berkenaan bercadang mengubah nama ISD, yang ditubuhkan pada 1956, kepada Jabatan Pengajian Asia Timur.

Bagaimanapun, langkah tersebut telah membangkitkan kemarahan di kalangan komuniti India dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India membantah tindakan itu.

Pengerusi Yayasan Penyelidikan Pendidikan dan Kebajikan (EWRF), S. Pasupathi telah berkata Universiti Malaya sebagai pusat pendidikan yang bertanggungjawab dan progresif perlu memperkukuhkan ISD di sebalik bercadang membubarkannya.

NC UM berang staf akademik Jabatan Pengajian India bertengkar di depannya Kontroversi baru: Penyelewengan tesis PhD Jab Pengajian India

Dr. Subramaniam berkata, beliau telah melahirkan pandangan dan sentimen masyarakat India mengenai isu ISD kepada Naib Canselornya Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon dalam satu mesyuarat 30 Julai lalu.

"Kami nyatakan dengan amat jelas mengenai sentimen masyarakat India terhadap jabatan itu dan memohon supaya jabatan itu dikekalkan dalam bentuk asal dan diketuai oleh seorang berketurunan India.

"Kami menyokong segala usaha yang diambil untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada dalam jabatan itu. Kami juga nyatakan bahawa peranan bahasa dan kesusasteraan Tamil tidak boleh dihapuskan," kata Dr Subramaniam.

Katanya, ISD harus memainkan peranan dalam menjana maklumat berharga mengenai sumbangan masyarakat India kepada Malaysia dari segi ekonomi, pendidikan dan status sosial.

Di samping itu, katanya, jabatan itu juga perlu merangka pelan cadangan untuk membangunkan masyarakat kaum India di negara ini.

"Kami yakin Naib Canselor dan pihak berkuasa yang relevan akan menghormati sentimen kaum India dan mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang akan menguris perasaan 1.8 juta orang India di negara ini," katanya.

ISD ditubuhkan berdasarkan beberapa sebab termasuk memperkenalkan warisan linguistik, kesusasteraan, agama dan sosio budaya serta menampilkan aspek sejarah, sosio politik dan ekonomi masyarakat India di Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan