PM: Kempen besar-besaran sedarkan bahaya A(H1N1) dilancar minggu ini

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan satu kempen besar-besaran minggu ini untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya influenza A (H1N1) memandangkan wabaknya kini semakin serius, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menyediakan ubat antiviral di hospital dan klinik awam di seluruh negara.

"Langkah yang paling berkesan ialah melalui proses mendidik orang ramai iaitu memberikan panduan kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bangunan baru Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Sehingga hari ini, 32 orang meninggal dunia dan 1,983 orang dijangkiti penyakit itu di negara ini.

Najib juga menasihatkan mereka yang mengalami demam supaya lebih berhati-hati dan mengelak daripada berkunjung ke tempat awam.

"Sekiranya demam, langkah paling baik ialah berehat di rumah sampai pulih, kerana kalau keluar, takut akan menjangkiti orang lain nanti.

"Kalau di rumah pun, mereka dinasihatkan supaya memakai topeng untuk elak daripada menjangkiti ahli keluarga," katanya.

Perdana Menteri berkata, stok antiviral akan ditambah daripada 10 peratus daripada jumlah penduduk kepada 20 peratus, dan ini akan melibatkan peruntukan tambahan RM20 juta.

"Kementerian Kesihatan melalui hospital dan klinik akan menyediakan antiviral secara lebih luas supaya lebih ramai rakyat boleh dapat suntikan untuk bantu mengelak dijangkiti virus yang lebih memudaratkan," katanya.

TIADA LARANGAN

Najib juga berkata, kerajaan tidak akan mengenakan sebarang larangan perjalanan memadangkan serangan penyakit itu adalah satu pandemik global.

"Tidak akan ada sekatan kerana pandemik ini berlaku di seluruh dunia, jadi tidak ada maknanya kita nak buat sekatan perjalanan," katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata, kementerian akan mendapatkan bantuan doktor persendirian bagi membantu menyekat penularan penyakit itu.

"Rakyat jangan panik kerana kadar kematiannya adalah antara 0.1 dan 0.4. Kerajaan telah mengambil banyak langkah untuk mengawal wabak ini daripada menular di negara ini.

"Yang penting kita perlu mengawal keadaan ini bersama dengan menjaga kebersihan dan mengambil langkah-langkah tertentu seperti kuarantin diri, elak berkunjung ke tempat awam dan dapatkan rawatan segera jika mempunyai simptom-simptom wabak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan