PM arah polis siasat segera blog pembangkang mencarut ke atas Islam

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mahu pihak berkuasa segera menyiasat kenyataan mencarut ke atas Islam yang diterbitkan oleh seorang wakil rakyat pembangkang dari Negeri Sembilan dalam blognya baru-baru ini.

Najib berkata, negara mempunyai pelbagai undang-undang termasuk Akta Hasutan dan sekiranya kenyataan itu mempunyai unsur hasutan, tindakan segera perlu diambil menggunakan akta tersebut.

"Undang-undang ini bukan hanya menjurus kepada Islam tetapi juga kepada semua agama dan kaum di negara ini.

"Kalau kita menghina sesiapa yang boleh menyebabkan ketegangan kaum, maka tindakan boleh diambil dalam undang-undang hasutan negara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Sebelum ini, wakil rakyat pembangkang itu dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan menghina Islam dalam laman blognya berikutan tidak sependapat dengan seorang pendakwah Islam berhubung isu anak luar nikah.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau boleh mengurangkan ketegangan dalam masyarakat jika diterjemahkan dari perspektif politik.

"Ia boleh membantu menjurus ke arah perpaduan nasional yang lebih kukuh.

"Gagasan ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan boleh menterjemahkan pendirian politik serta sentimen dalam negara supaya tidak menghala kepada pendirian ekstrem dan keterlaluan," katanya.

Ditanya berhubung laporan sebuah akhbar tempatan yang dikatakan tidak selari dengan gagasan 1Malaysia, Najib berkata, beliau berharap semua laporan menjurus ke arah gagasan itu.

"Kita tidak boleh mengatakan satu pihak sahaja. Kita lihat ada juga pihak lain yang buat kenyataan atau liputan yang menyebabkan pihak lain terasa hati.

"Apa pun kita harap pada kesederhanaan dalam pendekatan kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan