Permatang Pasir: BN umum calon waktu terdekat

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya untuk bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, beliau berharap calon yang akan dipilih kelak diterima oleh pengundi Permatang Pasir.

"Kita telah dimaklumkan tentang laporan yang diberikan oleh Pengarah Pilihan Raya Permatang Pasir, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Selain itu, semua parti komponen BN akan bekerjasama sebagai satu pasukan dan telah membincangkan bagaimana kita boleh mengukuhkan lagi kerjasama antara parti komponen dan jentera supaya dapat bergerak dengan lebih selaras lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir adalah pada 17 Ogos ini manakala hari mengundi pada 25 Ogos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN kawasan itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 31 Julai lalu.

Sementara itu, berhubung tindakan Umno Bukit Mertajam yang menolak syor pindaan perlembagaan parti semalam, Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan bahagian tersebut.

Kata beliau, semua bahagian diberi peluang untuk mengemukakan komen mereka berhubung perkara itu.

"Kita bagi peluang kepada bahagian untuk membuat komen atas cadangan Majlis Tertinggi melalui Jawatankuasa Perlembagaan.

"Saya difahamkan bahagian lain menyokong pindaan itu. Mereka boleh buat cadangan balas.

"Katalah ada 10 pindaan, mungkin mereka setuju dengan sembilan (pindaan)... satu lagi mereka ingin buat perubahan atas cadangan mereka, mereka berhak," kata beliau sambil menambah, parti mengamalkan sikap terbuka.

"Pada akhirnya Perhimpunan Agung akan menentukan perkara ini, bukan satu bahagian sahaja tapi semua bahagian," katanya.

Ditanya mengenai Konvensyen BN yang tertangguh sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Najib berkata, konvensyen itu akan diadakan pada masa yang sesuai memandangkan kebanyakan parti komponen BN kini sedang mengadakan pemilihan, mesyuarat bahagian dan pembaharuan.

Berhubung beberapa pertubuhan India yang memohon untuk menubuhkan parti politik, Najib berkata, beliau berharap terdapat rasional dalam penubuhan parti supaya tidak terlalu banyak parti yang mewakili kaum India.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan