Parti komponen BN perlu gerakkan jentera parti - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menstrukturkan organisasi jentera pilihan raya masingmasing sebagaimana yang dilakukan Umno dalam usaha memenangi semula hati rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti komponen BN tidak sepatutnya mengharapkan jentera yang digerakkan Umno sahaja untuk berkempen bagi pihak mereka setiap kali menjelang pilihan raya.

"Saya minta supaya parti komponen (BN) mainkan peranan dan strukturkan organisasi jentera pilihan raya seperti yang dilakukan oleh Umno sebab kita (Umno) juga berkempen untuk calon parti komponen BN dalam pilihan raya.

"Lazimnya calon parti komponen turut diletakkan di kawasan Melayu dan mereka tidak hanya boleh harapkan jentera yang digerakkan oleh Umno untuk memujuk pengundi supaya balik kepada BN. Mereka harus bergerak aktif sebagaimana Umno bergerak aktif," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kapar 2009 di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata walaupun parti komponen BN mempunyai jentera pilihan raya masingmasing, ia masih tidak mencukupi kerana situasi politik sekarang ternyata berbeza daripada dahulu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan