Mahathir: Kekurangan tenaga pengajar bukan alasan untuk mansuhkan PPSMI

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata kekurangan tenaga pengajar tidak boleh dijadikan alasan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurut beliau perkara ini boleh diatasi dengan memperkenalkan kaedah pengajaran bantuan seperti program perisian komputer (software) khusus untuk membantu pelajar sekolah.

Kelmarin Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiga juta murid akan menjadi 'mangsa' sekiranya kerajaan tidak memansuhkan dasar PPSMI itu.

Menurut Muhyiddin, pemansuhan itu dibuat selepas mengambil kira kelemahan majoriti murid untuk menguasai bahasa Inggeris ketika mempelajari dua subjek tersebut.

Namun, kata Mahathir, "bagaimana boleh justifikasikan tiga juta murid akan menjadi 'mangsa' apabila ramai ibu-bapa tidak setuju dasar itu dimansuhkan."

Mantan Perdana Menteri itu berkata demikian merujuk kepada ibu-bapa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas yang membuat undian supaya dasar itu dikekalkan.

"Kekurangan tenaga pengajar tidak boleh dijadikan alasan, ada cara lain yang boleh dibuat untuk menangani masalah itu seperti mengunakan program perisian komputer.

Dalam pada ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu Selangor dikuasai semula oleh Barisan Nasional (BN), beliau berkata sekiranya mereka bekerja keras rakyat akan mengundi mereka semula.

"Mereka mengundi Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan yang lepas.

"Kalau BN sudah berubah dan dapat buktikan mereka adalah alternatif yang terbaik kepada PR, mereka (BN) akan memerintah Selangor semula," katanya.

Selain itu, beliau juga menyatakan Pakatan Rakyat sukar untuk memerintah kerana sering berbeza pendapat.

Semalam Najib dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor berkata beliau mahu Selangor dikembalikan semula ke tangan Barisan Nasional kerana negeri itu adalah penting sebagai nadi negara.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan