Umno Bukit Mertajam tolak cadangan pindaan perlembagaan parti

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Umno Bahagian Bukit Mertajam yang mengadakan persidangan perwakilannya di sini hari ini menolak sebulat suara cadangan pindaan perlembagaan parti itu.

Ketuanya, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, 173 perwakilan daripada 38 cawangan di bahagian itu menolak cadangan pindaan perlembagaan Umno kerana ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

"Sepatutnya, setiap anggota dan bahagian perlu mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai perkara-perkara yang hendak dipinda dan diberikan masa yang mencukupi untuk membincang dan membahaskannya," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya sebelum sebarang pindaan dibuat terhadap perlembagaan parti, kajian teliti perlu dibuat mengenai kesesuaian pindaan dan implikasinya.

Musa, yang membentangkan usul menolak cadangan itu, mahu anggota Majlis Tertinggi Umno turun ke setiap bahagian dan menjelaskan secara terperinci pindaan yang hendak dilakukan supaya ia dapat diterima secara menyeluruh.

Katanya, penjelasan yang diberikan kepada wakil bahagian sebelum ini tidak lengkap dan tidak difahami sepenuhnya.

Sehubungan itu, Musa berkata, bahagian berkenaan membuat ketetapan meminta Umno pusat mengkaji semula semua pindaan yang dicadangkan dan memberikan lebih masa untuk idea itu dicanai sebelum dipersetujui. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan