Sidang DUN Kedah kecoh apabila BN digelar 'paria'

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kecoh apabila seorang anggota pakatan pembangkang menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kedah sebelum pilihan raya umum tahun lepas sebagai 'paria'. Keadaan menjadi riuh rendah apabila Lim Soo Nee (PKR-Kulim) menyebut 'kerajaan BN paria semasa berkuasa" ketika membahaskan isu pusat penyembelihan babi sebaik Datuk Amiruddin Hamzah (PASA-nak Bukit) selesai menjawab soalan tambahan Dr Cheah Soon Hai (BN-Derga) mengenai perkara itu.

Tindakannya mendapat reaksi segera Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang), Tajuddin Abdullah (BN-Belantek), Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) dan lain-lain wakil rakyat BN yang meminta beliau menarik balik perkataan itu yang disifatkan sebagai kasar.

Paria merujuk kepada orang atau golongan paling rendah kastanya dalam masyarakat India.

Lim yang pada awalnya enggan menarik balik ungkapannya dengan berkata 'paria tidak kasar sangat', bagaimanapun menarik balik perkataan itu selepas Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata perkataan "paria" menjadi kasar bergantung kepada orang yang mendengarnya.

Suasana hangat itu tidak terhenti di situ apabila Mohd Rawi sekali lagi menempelak Lim semasa membahaskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan dan Taman Perindustrian Teknoloji Tinggi Kulim.

"Inilah kali pertama perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan Yang Mulia ini diucapkan oleh wakil rakyat dari PKR," katanya.

Sebelum itu, Amiruddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknoloji dan Pembangunan Usahawan negeri berkata pusat penyembelihan babi di Kampung Tok Pawang, Gurun hanya menunggu kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan pemilihan tapak tersebut yang akan menggunakan sistem moden dengan mengitar semula bahan buangan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan