Noordin: Polis Malaysia tunggu maklum balas polis Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Indonesia mengenai ketua kumpulan serpihan Jemaah Islamiah Noordin Mohammad Top yang dilapor ditembak mati di Temanggung, Jawa Tengah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan menghulurkan bantuan sepatutnya kepada Indonesia jika lelaki yang ditembak itu disahkan sebagai Noordin.

"Saya tidak dapat mengesahkan mengenai kejadian itu, saya belum mendapat maklum balas dari Indonesia.

"Bagaimanapun kita sering berhubung dan akan membantu termasuk dalam mengenalpasti identiti lelaki yang ditembak itu sama ada dia ketua kumpulan itu atau bukan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menghantar Kontinjen Pancaragam Polis Diraja Malaysia yang menyertai YSTAD International Military Tattoo di Sweden pada hari Sabtu.

Media Indonesia melaporkan pengganas paling dikehendaki di Indonesia itu ditembak mati dalam satu serbuan oleh polis anti pengganas Indonesia yang menggunakan senjata berat di tempat persembunyiannya di Jawa Tengah.

Mengenai penahanan ketua baru LTTE, Selvarasa Pathmanathan yang didakwa dibuat di negara ini, Musa berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu.

"Siapa yang mencanangkan tentang hal ini? ...saya sendiri tidak mendapat sebarang maklumat, jadi bagaimana orang lain boleh tahu," katanya.

Media asing sebelum ini melaporkan Pemberontak Harimau Tamil mengakui ketua mereka itu ditahan di Malaysia sebelum diserahkan kepada Tentera Sri Lanka.

Mengenai International Military Tattoo, Musa berkata sebanyak 12 pasukan pancaragam daripada pelbagai negara mengambil bahagian dalam pertunjukan bertaraf dunia itu termasuk Britain, Jerman, Norway, Sweden dan Scotland.

Beliau berkata PDRM merupakan satu-satunya kontinjen pancaragam dari Asia yang dijemput untuk menyertai International Military Tattoo itu yang bermula pada 11 Ogos depan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan