Isu arak: PAS tolak kawalan kendiri, tuntut larangan muktamad

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS Selangor menuntut agar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melaksanakan larangan menyeluruh jualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri itu.

Pendirian itu diputuskan pada mesyuarat tergempar dua jam PAS Selangor petang semalam.

Mesyuarat diadakan sehari selepas Khalid mengumumkan pendekatan kawalan kendiri daripada mengenakan larangan total jualan minuman keras di kawasan-kawasan yang penduduknya beragama Islam.

PAS negeri itu sebelum ini menjangkakan penyelesaian positif ekoran tuntutannya.

PAS Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendiriannya, yang diputuskan semalam, esok.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir ketika dihubungi mengesahkan pendirian 'menolak' itu telah diputuskan semalam.

"Mesyuarat (tergempar) sebulat suara menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali (Selasa lalu) dan menuntut dilaksanakan larangan jualan minuman keras sama sekali di kawasan-kawasan yang penduduknya beragama Islam," kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, PAS Selangor mengharapkan agar garis panduan yang dijanjikan oleh Menteri Besar akan memasukkan tuntutan PAS ini.

Pada sidang media kelmarin, Khalid berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan dalam tempoh sebulan tetapi menasihatkan penjual dan pengedar supaya mengamalkan sistem kawalan kendiri.

Ia dimulakan di kawasan Shah Alam.

Semalam beliau juga meminta penduduk tempatan menggunakan pendekatan memulau daripada kerajaan menguatkuasakan larangan semata-mata.

Katanya, kawalan kendiri adalah satu opsyen.

Selain meminta larangan jualan minuman keras, PAS Selangor mendesak Khalid menggantikan Exco kerajaan negeri tempatan, Ronnie Liu dengan pemimpin lain.

Isu arak menjadi fokus 'krisis' baru dalam Pakatan Rakyat Selangor yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan