Umat Islam diminta nilai cara kerajaan negeri Selangor selesai isu arak

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Umat Islam hari ini diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Kita lihat apa yang mereka (Pas) akan lakukan kerana ini (penjualan arak) adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani di sini pada hari Sabtu.

Beliau berkata, disebabkan Pas kini telah bera dalam dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri, rakyat akan melihat pendirian Pas dalam isu itu.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras dan cuma meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, buat permulaan konsep kawalan sendiri akan dikuatkuasakan di 52 premis perniagaan dan kedai serbaneka di Shah Alam dengan menumpukan 17 premis di Seksyen 1 hingga Seksyen 24.

Selasa lepas, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendesak Abdul Khalid menukarkan portfolio Ronnie Liu ekoran wakil rakyat DAP itu menimbulkan beberapa masalah berkaitan penjualan arak di kawasan penduduk majoriti umat Islam.

Mohd Shafie berkata, semasa negeri itu di bawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan agama Islam.

"Sekarang kita boleh menilai Pas dan perjuangannya dan apa telah jadi dengan kerajaan pakatan-pakatan pembangkang termasuk di Pulau Pinang yang gagal mengatasi pelbagai masalah," kata beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau meminta semua anggota dan pemimpin Umno mengamalkan budaya jujur untuk berkhidmat dan bukannya merebut jawatan untuk berkhidmat.

Katanya, jika Umno mahu merampas semula Kedah, semua pemimpin dan anggota Umno di negeri itu harus meletakkan keutamaan untuk berkhidmat kepada rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan