Penduduk Kg Buah Pala tolak tawaran rumah teres

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Nampaknya isu Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini masih belum selesai apabila penduduk semalam menolak tawaran pampasan sebuah sebuah rumah teres bagi setiap rumah mereka yang dirobohkan.

Selain itu, mereka juga berkeras untuk tidak akan keluar daripada kediaman mereka walaupun tempoh mengosongkan rumah mereka tamat tengah malam semalam.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala (PPKBP), M. Sugumaran berkata penduduk kampung tidak akan berganjak atau berpindah dari kawasan berkenaan walau apa sekali pun terjadi.

Katanya penduduk kampung tidak bersetuju dengan tawaran pampasan berkenaan kerana ia banyak menimbulkan keraguan serta tidak memberi jaminan kepada mereka.

"Kami tolak tawaran pemaju (Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd) kerana dalam surat perjanjian yang dikemukakan itu tiada jaminan yang penduduk kampung akan dapat rumah jika sesuatu terjadi pada projek berkenaan. "Contohnya jika projek itu gagal, kami semua tidak akan dapat rumah yang dijanjikan dan tiada sebarang pampasan diberi. Adilkan begini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Selain itu, Sugumaran berkata pemaju juga tidak menyatakan lokasi penduduk akan dipindahkan buat sementara waktu sekiranya mereka bersetuju supaya rumah mereka dirobohkan.

"Jumlah rumah ditawarkan iaitu sebanyak 24 unit juga tidak mencukupi kerana jumlah keluarga kami sudah bertambah kepada 65 keluarga. Pemaju sepatutnya tambah 41 unit lagi," katanya.

Dalam pertemuan antara kerajaan negeri, penduduk dan pemaju Selasa lepas, pemaju bersetuju untuk berkongsi tanah bersama penduduk dengan menawarkan pampasan rumah teres dua tingkat bagi setiap rumah yang dirobohkan.

Pemaju memberi tempoh kepada penduduk sehingga tengah malam ini untuk menerima tawaran berkenaan dan sekiranya tidak, penduduk tidak akan menerima apa-apa pampasan.

Penduduk sebelum ini meminta kepada kerajaan negeri dan pemaju supaya memberi lebih tempoh kepada mereka untuk memikirkan tawaran, bagaimanapun, ia ditolak kerajaan negeri. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan